[VIDEO] Penduduk gempar penemuan mayat bayi dekat pusat beli belah Queensbay


  • Tular
  • Ahad, 03 Dis 2023

Mayat bayi tersebut ditemui oleh orang awam selepas mendapati terdapat bau busuk yang datang dari arah tempat kejadian. — Facebook/PenangPress

PENGUNJUNG di kawasan tumpuan persisiran pantai berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas, Pulau Pinang gempar ekoran penemuan mayat seorang bayi perempuan di lokasi tersebut pada petang Ahad.

Difahamkan, mayat bayi malang itu ditemui oleh orang awam selepas mendapati terdapat bau busuk yang datang dari arah tempat kejadian.

Pihak polis dilaporkan masih sedang menjalankan siasatan di lokasi.

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan kekesalan atas kejadian tersebut.

Malah ada juga di antara warganet yang dipercayai berada di lokasi berkongsikan perasaan mereka ekoran penemuan mayat berkenaan.

"Al-Fatihah. Masa tengok tadi pun rasa sedih, Tergamak dia buat. Memang tidak ada hati perut," tulis Ema79.

"Nampak merah-merah sahaja masa polis selak kain hitam tu," ujar HamDan.

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhuubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram