SABAN tahun setiap pasukan Liga Malaysia (Liga M) akan membelanjakan wang yang besar untuk mendapatkan pemain import yang bermutu dan berkualiti bagi memantapkan persediaan kelab masing-masing.
Kesanggupan mengeluarkan belanja yang banyak itu pastinya perlu setimpal dengan kehendak pemilik kelab tersebut menginginkan pulangan lumayan seperti menjadi pasukan kelompok teratas liga dan menjulang sekurang-kurangnya satu trofi sebagai hadiah kepada penyokong.
Malah ehadiran pemain import dalam kancah bola sepak tanah air sememangnya diakui akan menambah kualiti daripada pelbagai sudut termasuk gaya permainan yang lebih baik dan persaingan yang lebih sihat dalam kalangan pemain tempatan.
Sebahagian sesi latihan pasukan Penang FC bagi persediaan perlawanan Liga Super 2023. — Instagram/Official penangfc
Bagaimanapun, berbeza pula cerita di kem Penang FC yang mana pihak pengurusan kononnya dilihat mahu mengutamakan pemain tempatan berbanding import.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Penang FC, Daniel Gooi ketika sesi sidang Dewan Undang Negeri (DUN) di Pulau Pinang apabila menjawab soalan tentang perancangan kelab Pulau Mutiara itu.
"Seperti yang kita ketahui, kalau kita tak gunakan import, kita dibelasah dengan teruk.
"Tapi berbeza dengan pasukan Petaling Jaya (PJ) City FC walaupun sudah bubar, mereka berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi Liga Super 2019 dengan hanya menggunakan pemain tempatan.
"Jadi saya menaruh keyakinan kepada pemain tempatan kita, kalau kita ada pemain tempatan yang berbakat, kenapa kita nak guna import," katanya.
Meskipun begitu, rata-rata penyokong tidak bersetuju dengan idea yang dilontarkan oleh YB N.15 Padang Lalang ity.
"Penang FC bukan gagal disebabkan slot import tetapi gagal disebabkan import tiada berkualiti," kata Penang Brotherhood.
"Pemain tempatan ramai (tapi) yang bukan standard Liga Super," kata Mohammad Nizam.
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran di Facebook, Penang Brotherhood berkongsikan bahawa fakta yang diutarakan oleh Daniel Gooi mengenai PJ City FC menewaskan JDT adalah tidak benar.
"Baru tau Washington Dos Santos ni orang Cherok Tok Kun. Jadi tahun bila lagi PJ City tewaskan JDT tak guna import? Sedangkan musim 2020 baru depa mula guna local ‘berkualiti’ yang bergaji tinggi.
"Sekejap lagi kamu kami hentam orang kata kami jahat, idea tu mungkin bagus kalau mampu kamu ambik semua pemain local JDT, tapi kalau ambik pemain Kelantan FC. Lepas tiga game YB lena mata celik," katanya.
Untuk rekod, Penang kini menduduki tangga ke-11 dalam saingan Liga Super dengan hanya meraih lima kemenangan, lima kali seri dan 13 tewas selain mengumpul 20 mata selepas 23 perlawanan berlangsung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram