‘Jangan timbulkan masalah lagi’, penyokong tak setuju Liga M3 ada pemain import


  • Podium
  • Sabtu, 28 Okt 2023

Imigresen kini boleh dikatakan sudah satu kaki ke Liga Super musim depan, namun perlu melepasi syarat pelesenan oleh MFL sebelum dibenarkan beraksi.

IMIGRESEN FC dinobatkan sebagai juara Liga M3 selepas menyaksikan persaingan sengit tiga penjuru melibatkan Kuala Lumpur (KL) Rovers dan Harini FT.

Pertarungan Imigresen FC untuk mendapatkan takhta Liga M3 sekali gus tiket ke Liga Super musim depan jika mendapatkan kelulusan badan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Walaupun hanya status amatur, namun kerancakan perjalanan Liga M3 itu mendapat perhatian penyokong bola sepak.

Imigresen dan KL Rovers mungkin mendapat peluang beraksi dalam Liga Super ia sekali gus bakal menjadi tumpuan penyokong musim depan untuk melihat prestasi dua kelab amatur itu untuk bersaing di peringkat tertinggi negara ini.

WhatsApp Image 2023-10-28 at 10.20.58 AM

AFL akan melakukan perubahan dengan memperkenalkan pemain import untuk saingan baharu. Instagram/Malayantigerfans

Ini kerana umum mengetahui kelab-kelab Liga M3 mempunyai masalah tunggakan gaji dan adakah situasi Kelantan FC akan berulang kepada mereka.

Menerusi posting @Malayantigerfans mendakwa Amatuer Football League (AFL) akan melakukan perubahan dengan memperkenalkan pemain import untuk saingan baharu.

Selain itu juga, AFL juga berusaha untuk mencari rakan penyiar rasmi untuk saingan Liga M3 musim baharu.

Jika benar cadangan AFL untuk memperkenalkan pemain import, penyokong dilihat tidak bersetuju kerana masalah tunggakan gaji yang sedang membelenggu Liga Malaysia.

"Tak perlu pemain import, yang ada sekarang pun ramai pemain M3 buat kerja amal jariah, cukup bulan jadi pengemis minta hak sendiri," kata Nurul Rashidi.

"Sedangkan pasukan Liga Super pun gaji boleh sangkut apatah lagi dengan Liga M3," jelas Ameerul Ashraf.

"Cadangan paling tak berguna, Liga Super banyak sangat gaji, ini liga bawahan nak letak import silap-silap terkubur terus Liga M sebab masalah gaji," ujar Haikaal 29.

"Jangan cari masalah lagi, musim ini pun dah ada tunggakan dalam Liga M3," luah Amirul Amin.

AFL

Kedudukan akhir Liga M3. Facebook/AFL

Sebelum ini, Penganalisis Sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli berharap objektif Liga M3 itu perlu diselaraskan semula selepas kehadiran bekas bintang-bintang profesional dilihat menyekat peluang pemain-pemain muda untuk mempamerkan bakat masing-masing dalam platform lebih kompetitif.

"Objektif Liga M3 perlu diperkemaskan semula, kelab bertanding perlu ada had untuk rekrut pemain bertaraf Liga Super.

"Kita faham mereka dah tidak ada lagi sumber pendapatan, jadi mereka turun main dalam liga amatur.

"Sepatutnya kalau awak dah ada status yang tinggi sebagai pemain profesional awak tak boleh main dalam liga amatur.

"Benda ini kita perlu lihat, sebab awak profesional, apabila tiada pasukan anda pergi ke liga amatur sedangkan Liga M3 itu untuk pemain-pemain yang baru nak cari makan, yang baru nak membangun, berjinak-jinak dalam satu liga kompetitif.

"Jadi matlamat dan hala tuju Liga M3 ketika ini tidak berapa sihat," katanya kepada Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram