Gambar Aidil Shahrin-Nafuzi Zain jadi tumpuan, ada yang minta supaya disatukan


  • Podium
  • Sabtu, 07 Okt 2023

Penyokong mahu melihat Nafuzi dan Aidil bergabung membimbing pasukan dalam Liga Malaysia.

AIDIL Sharin Sahak antara individu utama yang membawa Kuching City FC (KUFC) melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Cabaran apabila berjaya menundukkan bekas majikannya, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan agregat 4-0 pada Rabu.

Pengendali kelahiran Singapura itu sebelum ini berjaya membawa Sang Kenari terbang ke Asia apabila musim lalu mereka bersaing dalam Piala AFC sebelum tewas di tangan PSM Makassar pada peringkat separuh akhir zon Asean.

Bukan sahaja berjaya membawa KDA FC ke Asia musim lalu, Aidil juga membimbing Sang Kenari ke pentas final Piala FA 2019 dan mejuarai trofi itu dengan menewaskan Perak FC 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Meskipun membawa pelbagai kejayaan buat Sang Kenari, di hujung kariernya bersama Kedah ada masalah dalaman yang berlaku sehingga menyebabkan prestasi gergasi Utara tanah air itu merudum musim lalu.

Disebabkan itu, Aidil memilih untuk membawa haluan ke Indonesia meskipun hatinya masih cintakan bumi Darul Aman yang mana penggantinya ialah jurulatih muda meningkat naik, Nafuzi Zain.

Piala FA

Kedah menjuarai Piala FA 2019.

Musim pertama bersama Kedah, Nafuzi gagal merebut semua trofi yang ditawarkan Liga Malaysia selepas terkeluar awal dalam semua saingan domestik.

Kedah kini hanya menumpukan slot naib juara yang disandang oleh Selangor FC untuk beraksi di pentas Asia musim depan.

Ketika pertemuan Kedah dan KUFC di Stadium Darul Aman, sekeping gambar dua jurulatih yang cukup dikenali oleh penyokong Hijau Kuning itu mendapat tumpuan orang ramai.

Penyokong-penyokong Kedah dan Kuching City berminat untuk melihat kedua-dua jurulatih itu bergabung membimbing sebuah kelab dalam Liga Malaysia.

"Aidil Sharin bekas jurulatih Kedah memang dah tahu di mana kelemahan pasukan itu," kata Song Card.

"Boleh atur tak untuk ambil Nafuzi bergabung dengan Aidil, mesti meletup pasukan yang dibimbing mereka selepas ini," luah Awang AG.

Kedah

Aidil (kiri) dan Nafuzi (kanan) berjumpa sebelum perlawanan bermula tempoh hari.

"Sayang Kedah lepaskan Aidil, sebab dia lebih tahu setiap corak permainan pemain Kedah," ujar Doli Buya.

"Bawa balik Aidil gabung dengan Nafuzi dekat Kedah baru ada taktikal varian yang positif. Tapi nak ke Nafuzi beri Aidil ke depan dan dia jadi 'assistant coach'?" jelas Rem Badu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram