KELANTAN FC terus menjadi pasukan belasahan apabila kalah 0-7 kepada seteru mereka, Kelantan United FC (KUFC) dalam saingan suku akhir Challenge Cup di Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu, Kelantan pada Isnin.
Kekalahan itu menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) gagal membawa bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik dengan skuad Kijang Hijau itu.
Pada perlawanan itu, Kelantan United membuka jaringan melalui Dominic Balic apabila dia memperdayakan pemain pertahanan Kelantan dan membuka jaringan pertama untuk KUFC seawal minit kesembilan.
Menerusi hantaran dari Indra Putera, Ismahil Akinade menjadikan kedudukan 2-0 selepas menjaringan gol kedua untuk KUFC dalam aksi menentang pasukan lamannya itu.
Nasib malang Kelantan terus ditambah apabila pada babak kedua penjaga gol TRW, Irfan Haikal dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Akinade pada minit ke-55.
Rentetan kejadian kontroversi itu, barisan kejurulatihan TRW yang diketuai Alfredo Vera membawa masuk pemain skuad bawah-18 tahun (B-18), Afif Fakhri melakukan bagi menggantikan Irfan Haikal.
Keputusan akhir aksi suku akhir pertama Challenge Cup. — Facebook/MFL
Skuad Kijang Hijau terus berpesta gol apabila penyerang veteran, Indera menjaringkan gol dari sepakan percuma pada minit ke 59 sebelum Faiz Nasir merembat tepat dan menjadikan kedudukan 4-0 untuk KUFC pada minit ke-74.
Kemenangan besar KUFC itu ditutup dengan penambahan tiga jaringan gol yang mana satu dicetak dari S.Sharvin dan pemain gantian, Royizzat Daud menyumbang dua gol bagi memastikan skuadnya membawa bekalan selesa untuk Kjiang Hijau.
TRW yang kini sudah tidak mempunyai ramai pemain senior dan mengharapkan tenaga dari ubi muda mereka mendapat kritikan daripada penyokongnya.
Perkara itu semakin mencetuskan kemarahan selepas penjaga gol muda, Afif Fakhri melakukan debut untuk menggantikan pemain utama, Irfan.
“Katanya nak menggilap bakat. Kau ingat ini Misi Mencari Ramli ka?,” kata penyokong TRW, Amirul Asyraf.
“Tidak salah pemain sebab ada yang masih berumur bawah 18 tahun dturunkan dan boleh menimba pengalaman...tapi jangan pula dah puji ini, next game buat turun pemain bawah 10 tahun pula main,” luah penyokong, Syarif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram