Setahun sudah berlalu, penjaga gawang NSFC tuntut hak gaji dari pihak pengurusan skuad Ngap Sayot


  • Podium
  • Jumaat, 15 Sep 2023

Tauffiq sekali lagi menggunakan platform media sosial Instagram peribadi miliknya mendedahkan pihak SUFC masih belum lagi membayar gaji pemain walaupun setahun sudah berlalu.

MASALAH tunggakan gaji Sarawak United FC (SUFC) seperti tidak menemui jalan penyelesaian walaupun pihak pengurusan kelab tersebut berjanji untuk melangsaikan kesemua tunggakan gaji pemainnya pada September lalu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan kini setahun sudah berlalu tetapi pembayaran gaji tersebut masih belum lagi diselesaikan.

Malah, Liga Malaysia (Liga M) sudah memasuki musim baharu dan SUFC juga kini beraksi dalam saingan Liga M3 namun kemelut dalaman yang melanda SUFC masih belum selesai.

Berdasarkan laporan dari Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) pada Januari lalu memaklumkan jumlah keseluruhan tunggakan gaji pemain skuad Ngap Sayot adalah lebih RM400,000.

378121197_694149262739460_5151425728501439484_n

Coretan luahan pembayaran gaji yang belum dilangsaikan oleh SUFC di story Instagram milik Taufiqq.

Sehubungan itu, tidak hairanlah jika terdapat beberapa pemain SUFC musim lalu masih menuntut hak mereka di pelbagai platform seperti media sosial dan saluran media tanah air.

Terbaharu, bekas penjaga gawangnya, Tauffiq Ar Rasyid Johar sekali lagi menggunakan platform media sosial Instagram peribadi miliknya mendedahkan pihak SUFC masih belum lagi membayar gaji pemain walaupun setahun sudah berlalu.

"Setahun sudah ini, takkan sabar lagi? Mana janji mana gaji? tulisnya.

Tauffiq-574x1024

Pada awal Januari lalu, Tauffiq pernah meluahkan rasa kecewa berhubung situasi gaji SUFC.

Coretan di Instagram Story miliknya itu turut menarik perhatian penyokong Sarawak yang berharap agar pihak pengurusan tersebut segera menyelesaikan masalah itu.

Ini bukanlah kali pertama Taufiqq yang juga kini merupakan penjaga gawang Negeri Sembilan FC menuntut hak gajinya melalui media sosial.

Pada awal Januari lalu, pemain berasal dari Selangor itu pernah meluahkan rasa kecewa berhubung situasi tersebut.

Tauffiq memuatnaik InstaStory yang berlatar belakangkan isi kandungan sepucuk surat. Isi kandungan surat tersebut memaparkan Sarawak United sedang memohon tempoh masa untuk membayar tunggakan gaji sebelum 31 Disember 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram