UBI muda Selangor FC II, Aiman Hakimi dilihat semakin matang dalam corak permainanya setiap kali diturunkan dalam kesebelasan utama.
Walaupun baru sahaja mencapai usia 18 tahun, ada segelintir penyokong berasakan pemain muda itu akan menjadi seorang bek kanan yang menyinar dalam arena bola sepak nanti.
Terbaharu, dalam aksi persahabatan perlawanan Selangor FC di peringkat antarabangsa menentang kelab Liga 1 Indonesia, PSIS Semarang, Aiman dilihat mempamerkan aksi yang cemerlang.
Untuk rekod, perlawanan persahabatan tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada ubi-ubi muda serta pemain yang tidak dipanggil untuk mewakili negara masing-masing.
Walaupun Aiman tidak menjaringkan gol seperti penyerang muda Selangor FC, Danial Asri namun cara permainannya di bahagian pertahanan dilihat mampu mengucar-ngacirkan permainan pihak lawan.
Malah, ketangkasan pemain tersebut beberapa kali merebut bola daripada sukan tuan rumah sebenarnya dilihat membantu skuad Gergasi Merah pada perlawananan tersebut.
Aiman Hakimi dilihat semakin matang dalam corak permainanya setiap kali diturunkan dalam kesebelasan utama. — Facebook/SelangorFC
Melihat kepada prestasinya yang memberansangkan itu, ada segelintir penyokong Selangor FC yang berasakan Aiman sudah layak berada di skuad utama.
Seoarang penyokong, Amy Mat Piah berkata bakat pemain tersebut boleh diasah lagi.
"Pemain nombor empat (Aiman) 'sedap' main bek kanan. Kalau digilap lagi, boleh jadi padu. Banyak ubi muda yang bagus dalam pasukan Selangor FC," katanya.
Pendapatnya itu turut dipersetujui Mohd Akram Al-Banjariy.
"Ya betul, pemain jersi nombor empat itu agak promising permainan dia," tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi penyokong Taufik Rashid berharap agar pemain tersebut dapat diserap masuk ke dalam pasukan utama dalam mengharungi saki baki Liga Super.
Selangor FC beraksi dengan baik ketika aksi persahabatan menentang kelab Liga 1 Indonesia.
"Bagus serap masuk dalam Selangor FC ganti Quentin Cheng dalam kesebelasan utama. Mantap pun mantap cara permainan Aiman.
"Kalau Johor Darul Takzim (JDT) ada Arif Aiman, kita pula ada Aiman Hakimi. Dua-dua Aiman yang hebat," katanya.
Ketika ini, posisi bek kanan skuad Gergasi Merah diisi Quentin dengan pengendalinya, Tan Cheng Hoe turut cenderung untuk menggilirkannya dengan pemain muda, Ahmad Zikri Khalili.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilihat gagal memberi persembahan konsisten sehingga penyokong Selangor FC berasakan mereka perlu mencari seorang pemain pertahanan kanan baharu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram