[VIDEO] Cetak gol debut di Thailand, Lira dianggap bagus tapi salah pilih team di Liga M


  • Podium
  • Rabu, 16 Ogos 2023

Lira ketika penampilan pertamanya bersama Chonburi FC. — Instagram/WillianLira

BEKAS penyerang import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Willian Lira berhasil memikat hati penyokong kelab baharunya, Chonburi FC selepas mempamerkan debut cemerlang bersama pasukan Liga Divisyen Satu Thailand itu.

Pemergian Lira sebelum ini mengejutkan ramai penyokong Kedah berikutan dalam beberapa penampilan terakhirnya bersama Sang Kenari, gaya permainan pemain dari Brazil itu semakin disayangi penyokong Hijau Kuning.

Ketika bersama Kedah, Lira menjaringkan lapan gol dalam saingan Liga Super dan sentiasa menjadi pilihan pengendali pasukan, Nafuzi Zain untuk membarisi kesebelasan utama skuad Sang Kenai.

Namun, sumbangan lapan jaringan itu tidak cukup untuk membuatkan Lira dikekalkan sebagai penyerang utama Kedah dan akhirnya jodoh terlerai bersama pasukan Utara tanah air itu pada Jun lalu.

Selapas menyertai Chonburi pada Julai lalu, Lira tidak menunggu lama untuk mencetak gol buat pasukan Thailand itu apabila menyumbangkan dua jaringan pada penampilan sulungnya.

Jaringan tersebut bukan sahaja meraih pujian daripada penyokong Chonburi, malah peminat bola sepak domestik turut memuji gaya permainan bekas pemain pasukan Liga Jepun, Venforet Kofu itu.

Tidak kurang juga ada penyokong yang berpendapat bahawa Lira berkemungkinan kurang sesuai dengan corak permainan Nafuzi sehingga tidak dapat mengeluarkan potensi sebenarnya sebagai seorang penyerang.

“Sah pasukan dia sebelum ni tak hebat. Main pasukan baharu baru hebat betul,” kata penyokong, Rafiqin Shafiee.

“Lira ni bagus, cuma dia salah pilih kelab dulu,” tambah seorang lagi penyokong, Syafiq Lazim.

“Kalau Lira selalu buat gol, memang betul lah dia salah pilih kelab şebelum ini atau tak sesuai dengan taktikal Nafuzi,” pendapat seorang lagi penyokong, Bukhairi.

Untuk rekod, ketika penampilan pertama penyerang berusia 29 tahun itu bersama Kedah, Lira hanya mencetak satu jaringan gol pada perlawanan menentang Perak FC. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram