JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) akhirnya mengumumkan ketibaan pemain baharu dari Jepun, Takahiro Kunimoto yang difahamkan akan memperkukuhkan lagi jentera tengah pasukan Harimau Selatan bagi baki saingan liga.
Sebelum ini, heboh dalam kalangan penyokong Harimau Selatan apabila pemain yang mesra dengan sapaan Kuni itu akan mengisi slot kuota import Asia pasukan tersebut.
Pengumuman tersebut didedahkan sendiri oleh laman rasmi media sosial JDT pada Sabtu yang mana memuat naik video bekas pemain Jeonbuk Hyundai itu ke gelanggang keramat, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Pemain berusia 26 tahun itu pernah bermain untuk kelab Portugal Casa Pia di divisyen pertama tetapi terkenal dengan ketika beraksi di Korea Selatan yang mana bermain untuk pasukan seperti Gyeognam dan Jeonbuk Hyundai.
Import Jepun itu terkenal di Jeonbuk selepas dia memenangi dua kejuaraan liga pada 2020 dan 2021 serta Piala FA Korea musim 2020.
Kehadiran Kunimoto pastinya akan membantu pasukan JDT dalam persediaan untuk Liga Juara-juara Asia (ACL), selain membantu dalam saki baki saingan domestik musim ini.
Dalam pada itu, penyokong Perak pula menzahirkan kebimbangan mereka jika pemain dari Jepun itu akan menjelang perlawanan menentang JDT pada Ahad.
“Memang gigit jarilah Perak Ahad ini jumpa JDT, dah ada pemain baharu pula,” kata penyokong Perak, Zulfandi Osman.
“Dia turun ke Ahad ini, kalau turun. Memang berpeluhlah Sunday (Afolabi),” kata penyokong Karim Al-Maliki.
Untuk rekod, Kuni juga cemerlang membantu Jeonbuk Hyundai meraih gelaran juara Liga Korea musim 2019/2020 dan 2020/2021 serta kejuaraan Piala FA Korea pada tahun 2020 dan 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram