‘Perak baharu in the making’ — Trio cemerlang, gol ofsaid Seo-nung bantu tewaskan Penang di Ipoh


  • Podium
  • Rabu, 09 Ogos 2023

Luciano mencetak jaringan pertama untuk Perak menumpaskan Penang dengan kemenangan selesa 3-1. — Facebook/PerakFC

MOMENTUM kemenangan Perak FC dapat diteruskan lagi apabila skuad The Bos Gaurus (TBG) melakar kejayaan dengan menewaskan Penang FC 2-0 dalam aksi Liga Super pada Rabu.

Perlawanan yang diadakan di hadapan ribuan penyokong skuad Seladang di Stadium Perak, Ipoh itu menyaksikan anak-anak buah Yusri Che Lah bermain dengan agresif menentang Harimau Kumbang.

Perak membuka jaringan awal menerusi tendangan dari kapten pasukan, Luciano Guaycochea pada minit kelima perlawanan.

Penyokong TBG terus tersenyum apabila penyerang kebangsaan, Wan Zack Haikal mencetak jaringan roket hasil hantaran Luciano pada minit ke-23 babak pertama perlawanan.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, skuad Harimau Kumbang akhirnya berhasil mencetak jaringan gol pertama di Ipoh menerusi pemain gantian Alif Ikmalrizal.

WhatsApp Image 2023-08-09 at 22.46.57-2

Seo-nung mencetak jaringan ketiga buat TBG.

Kontroversi berlaku pada minit ke-75 perlawanan apabila pengadil mengesahkan jaringan import Perak, Seo Seo-nung yang berada dalam kedudukan ofsaid.

Dengan kemenangan selepas menang besar ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC pada minggu lalu, penyokong memuji peranan trio Perak iaitu Luciano, Wan Zack dan Seo-nung yang membawa perubahan kepada TBG.

"Aura bila ada Wan Zack ada ini, memang new Perak in the making untuk pusingan kedua liga, " komen penyokong, Armin.

"Kalau pemain yang sekarang ini turun lawan JDT (Johor Darul Takzim) InsyaALLAH Perak 5-0 lawan JDT," kata penyokong TBG, Aizam.

Tamat perlawanan menyaksikan tuan rumah berjaya mengatasi Penang FC dengan keputusan 3-1 sekali gus mengesahkan tiga mata milik Perak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram