DALAM saingan Liga Super musim ini, pemain sayap Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus mengukuhkan namanya sebagai salah seorang permata terbaik pernah digilap arena bola sepak negara.
Berdasarkan rekod sepanjang 17 penampilan, penyerang itu sudah menjaringkan enam gol selain mencipta 10 bantuan jaringan.
Sumbangan itu meletakkan skuad Harimau Selatan di tangga teratas carta Liga Super setakat ini selain membantu pasukan tersebut menjulang Piala FA baru-baru ini.
Sehubungan itu, tidak hairanlah reputasi pemain berusia 21 tahun itu menyebabkan orang ramai meletakkan Arif sebagai idola bola sepak tempatan.
Namun, bagi penyokong dalam golongan Hawa pula, mereka juga tertarik melihat ketampanan pemain sayap lincah berkenaan dan boleh dianggap sebagai 'husband material' kerana masa depannya yang cerah.
Arif sedang menikmati juadah makan malam bersama seorang gadis di sebuah restoran baru-baru ini. — Facebook
Bagaimanapun, baru-baru ini, hati penyokong seakan-akan berkecai apabila sekeping foto memaparkan Arif sedang menikmati makan malam romantis bersama seorang gadis di sebuah restoran baru-baru ini.
Dalam foto yang dimuat naik di laman Facebook JOHOR DT-malaysia memaparkan pemain tersebut bersama seorang gadis menikmati juadah makan malam berdua di restoran berkenaan.
Gambar tersebut turut mengundang persoalan orang ramai adakah gadis berkenaan, perempuan yang sama memuat naik gambar bersama ketika kemenangan yang diraih JDT dalam aksi final Piala FA 2022 menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada September tahun lalu.
Sebelum ini, Majoriti melaporkan gadis menggunakan akaun @lia.hsr yang berkongsi Instastory foto selfie bersama Arif Aiman di atas padang, usai perlawanan akhir Piala FA.
"Congratssss luff @arifaiman42," tulisnya dalam kapsyen Instastory itu.
Pada masa sama, Arif Aiman turut berkongsi semula hantaran Instastory @lia.hsr di akaun rasminya.
Timbul juga persoalan dalam kalangan peminat Arif Aiman mengenai status hubungannya dengan gadis tersebut sama ada kekasih atau teman istimewa.
Foto selfie @lia.hsr bersama Arif Aiman di atas padang, usai perlawanan akhir Piala FA pada September tahun lalu. — Instagram
Bukan itu sahaja, melihat kepada ruangan komen menyaksikan orang ramai terus berbincang dengan ada yang sempat berseloroh mengenai gambar tersebut.
Tetapi, ada juga yang mengambil peluang itu untuk memberi nasihat kepada nak jati kelahiran Pahang itu.
"Adik Arif Aiman fokus bola dan naikkan ranking Malaysia sampai ke tahap yang harum," kata Saleem Ali.
Sementara itu, Theo Wancott Yuujin pula tidak kisah sekiranya pemain itu mempunyai teman wanita asalkan dia mengekalkan prestasinya ketika berada di atas padang.
"Suka hati kau Man, yang penting setiap kali perlawanan kau bagi 100 peratus. Jangan leka," tulisnya.
Ali Bin Mohamed pula menasihatkan Arif Aiman untuk terus mengembangkan kariernya terlebih dahulu.
"Fokus pada kerjaya dahulu adik Arif Aiman, apabila sudah berjaya nanti boleh sesuka hati pilih mana yang berkenan di hati," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram