'Congratssss luff', siapa gadis rakam selfie bersama Arif Aiman?


  • Podium
  • Ahad, 11 Sep 2022

Identiti gadis bersama Arif Aiman dalam foto ini menimbulkan persoalan tentang hubungan mereka. — Instagram

DI sebalik kemenangan yang diraih Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi final Piala FA 2022 menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu, tumpuan semestinya terarah kepada Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva yang membantu Harimau Selatan menjulang piala berprestij itu.

Bintang muda JDT, Arif Aiman Hanapi antara yang membantu JDT mendapatkan gol sulung bagi meletakkan skuad itu di hadapan dengan jaringan seawal minit ke-33 selepas percubaan pertamanya terkena tiang gol.

Dua lagi gol disumbangkan oleh Bergson menerusi satu sepakan penalti selepas dijatuhkan penjaga gol Sang Penyu, Rahadiazli Rahalim dalam kotak penalti pada minit ke-62 dan rembatan deras hasil lorongan Mohamadou Sumareh pada minit ke-79.

Kemenangan 3-1 yang memihak kepada JDT menyaksikan Arif Aiman dinobatkan sebagai Man of The Match (MOTM) pada akhir perlawanan.

Pemain sayap lincah berusia 20 tahun itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat sukan bola sepak tanah air dan penyokong Harimau Selatan di media sosial.

photo1662870433

Foto selfie @lia.hsr bersama Arif Aiman di atas padang, usai perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu. — Instagram

Namun yang menarik perhatian adalah satu ucapan tahniah di Instagram daripada seorang gadis menggunakan akaun @lia.hsr yang berkongsi Instastory foto selfie bersama Arif Aiman di atas padang, usai perlawanan akhir Piala FA.

"Congratssss luff @arifaiman42," tulisnya dalam kapsyen Instastory itu.

photo1662870430

Foto bersama Arif Aiman yang dikongsi @lia.hsr di Instastory. — Instagram

Pada masa sama, Arif Aiman turut berkongsi semula hantaran Instastory @lia.hsr di akaun rasminya.

Selain itu, @lia.hsr turut berkongsi sekeping lagi foto bersama Arif Aiman di sisinya dengan kapsyen 'Our MVP (most valuable player)'.

Semakan Majoriti di profil Instagram akaun tersebut mendapati Arif Aiman adalah salah seorang daripada 14,800 pengikut gadis itu.

Gadis berusia 17 tahun itu dipercayai pemilik jenama tudung Rumah Bawal HQ yang beralamat di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

Timbul persoalan dalam kalangan peminat Arif Aiman mengenai status hubungannya dengan gadis tersebut sama ada kekasih atau teman istimewa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram