Pengajaran buat Boakye, bekas import JDT pernah sembang berdegar sebelum 'injured'


  • Podium
  • Ahad, 30 Jul 2023

Pato suatu ketika dulu pernah mengeluarkan kenyataan yang dia mampu menjadi mesin gol ketika bersama pasukan JDT.

PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super 2023 apabila berjaya menundukkan Selangor dengan keputusan 2-0 pada Sabtu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor jelas tidak menjadi laluan mudah buat skuad Harimau Selatan apabila skuad Gergasi Merah berjaya memberikan tentangan sengit kepada pasukan itu.

Selain itu, kemenangan JDT itu dianggap sebagai 'luck' kerana menjaringkan gol saat-saat akhir yang mana import baharunya, Heberty Fernandes yang dibawa masuk pada separuh masa kedua berjaya merobek gawang Selangor FC pada minit ke-78 permainan.

Gol kedua pasukan JDT pula disempurnakan oleh Bergson Da Silva melalui sepakan penalti pada minit terakhir masa tambahan separuh masa kedua.

363369007_853005986195379_4888359268032426698_n

Heberty yang dibawa separuh masa kedua berjaya merobek gawang Selangor FC pada minit ke-78 permainan. — Facebook/JohorSouthernTigers

Bercerita mengenai skuad kendalian Tan Cheng Hoe pula, kehilangan prospek utama mereka, Faisal Halim yang digantung selama empat bulan ternyata sedikit mengganggu corak permainan mereka.

Malah, ada dalam kalangan penyokong Selangor FC, yang turut meluahkan perasaan kecewa melihat kepada prestasi pemain import baharu, Richmond Boakye yang mengalami kecederaan pada awal minit perlawanan.

Bekas penyerang Juventus itu sebelum ini mengakui tidak sabar jumpa JDT dan menganggap ia cabaran yang besar untuk menundukkan pendahulu Liga Super itu.

“Saya mahu bertemu dengan pasukan yang menewaskan kita 4-0 (JDT). Saya melihat kita melakukan satu dua kesilapan namun pada separuh masa kedua kita bermain dengan baik.

“Saya suka beraksi menentang pasukan seperti ini. Apabila kamu menjaringkan gol dan menewaskan mereka, kamu akan pulang dengan penuh kepuasan dan perasaan yang amat baik," katanya.

2171719

Boakye mengakui tidak sabar berjumpa JDT dan menganggap ia cabaran yang besar untuk menundukkan pendahulu Liga Super itu. — Facebook/SelangorFC

Kenyataan yang dikeluarkannya itu juga dilihat angkuh oleh segelintir penyokong skuad Harimau Selatan.

Namun, Boakye bukanlah pemain import pertama yang pernah mengeluarkan kenyataan angkuh dalam Liga Malaysia (M).

Malah bekas pemain import JDT, Patricio Julian Rodriguez (Pato) pada suatu ketika dahulu turut pernah mengeluarkan kenyataan yang dia mampu menghasilkan gol yang banyak ketika bersama pasukan tersebut.

Namun kontraknya bersama pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air itu terpaksa ditamatkan lebih awal ekoran daripada kecederaan yang dialaminya.

Seorang penyokong, Fakhrul Haziq menasihatkan agar pemain import tidaklah bercakap angkuh dalam Liga M.

"Liga M ini janganlah import cakap besar, hasilnya boleh dilihat kepada Pato Rodriguez (JDT).

"Berapa gol anda mahu? Kesudahannya injured kena 'parap', langsung ditamatkan kontrak.

"Richmond Boakye (Selangor FC) - “Saya inginkan tewaskan kelab yang kalahkan kelab saya 4-0”

"Hasilnya, minit ke-17 dikeluarkan kerana masalah kecederaan," tulisnya.

Untuk rekod, Pato Rodriguez pernah menyertai JDT pada awal 2015 sebelum meninggalkan kelab itu pada November tahun sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram