[VIDEO] Anak menteri, pegawai kanan universiti terpalit isu dadah dan skandal seks di kampus terkenal


  • Benua
  • Ahad, 30 Jul 2023

Universiti terkenal di Pakistan terpalit isu kontroversi selepas pihak polis mendedahkan ada dalam kalangan pelajar dan ahli fakultinya terlibat dalam kes pengedaran dadah dan eksploitasi seksual.

SEBUAH universiti terkenal di Pakistan terpalit isu kontroversi selepas pihak polis mendedahkan ada dalam kalangan pelajar dan ahli fakultinya terlibat dalam kes pengedaran dadah dan eksploitasi seksual.

Melalui maklumat siasatan yang didedahkan oleh pihak berkuasa, polis membuat tangkapan penting, termasuk penahanan seorang pegawai universiti berkenaan, yang didapati memiliki dadah jenis methamphetamine dan afrodisiak.

Ketua keselamatan universiti itu juga dituduh mempunyai lebih 5,000 video seksual pelajar dan kakitangan di telefon bimbitnya, seperti yang dilaporkan India Today.

Melalui siasatan yang masih sedang dijalankan itu mendakwa bahawa pegawai universiti yang ditahan itu terbabit dalam peras ugut dan eksploitasi seksual dalam kalangan pelajar dan kakitangan.

Malah sebuah lagi akhbar media antarabangsa Dawn turut melaporkan suspek mengaku membeli serta mengedar dadah melalui pelajar. Difahamkan, suspek juga turut menganjurkan pesta seks dengan sekumpulan guru lain.

Lebih mengejutkan lagi, melalui hasil laporan yang diterima mendapati kes pengedaran dadah dan eksploitasi seksual itu sudah berlarutan selama beberapa tahun.

Kebanyakan mangsa yang terlibat daripada kes tersebut adalah pelajar perempuan yang datang daripada keluarga miskin.

Sementara itu, Firstpost melaporkan, anak seorang menteri persekutuan, Chaudhry Tariq Bashir Cheema turut terpalit dengan kes dadah dan eksploitasi seks dalam kalangan ratusan pelajar perempuan universiti berkenaan.

2150988-tariqbashircheema-1580929951

Anak kepada Chaudhry Tariq Bashir turut terpalit dengan skandal seks dan dadah di universiti berkenaan.

Hal itu menyebabkan timbul dakwaan menteri terbabit menyalahgunakan kuasanya dengan cuba menyembunyikan skandal seks dan dadah melibatkan anaknya di universiti berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Naib Canselor Prof Dr Athar Mehboob menulis surat kepada Ketua Polis Negara Pakistan dengan meminta pasukan penyiasat peringkat tinggi untuk menyiasat kegiatan itu.

Universiti itu mendakwa mengikuti dasar toleransi sifar terhadap penggunaan dadah dan gangguan seksual, dengan menegaskan bahawa kes terhadap pegawai terlibat akan disiasat sepenuhnya.

Setakat ini, tiga individu sudah ditahan termasuk pengarah kewangan universiti dan pegawai bahagian pengangkutan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram