Sepakan penalti gagal tapi Herold Goulon muncul hero ikat Sang Penyu


  • Podium
  • Sabtu, 29 Jul 2023

Sekitar aksi perlawanan antara Sang Penyu menentang skuad Jang pada Jumaat. — Facebook/MFL

PERTEMBUNGAN sengit antara Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) gagal menemukan pemenang selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu pada Jumaat.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan dilihat masih mencari rentak permainan yang membawa kepada keputusan 0-0 di akhir masa pertama.

Pada awal minit permainan, pengadil perlawanan bertugas memberikan sepakan penalti kepada pasukan NSFC selepas didakwa salah seorang tangan pemain pertahanan TFC terkena bola.

Namun, Herold Goulon gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut selepas berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol TFC, Suhaimi Husin.

Selain itu, tandukan import baharu, Nurillo Tukhtasinov tersasar jauh selepas membuat percubaan ke gawang gol untuk menumpaskan penjaga gol NSFC, Sikh Izhan Nazrel.

Selepas 66 minit berlalu, jaringan yang dicari-cari oleh kedua pasukan akhirnya disumbangkan oleh import Sang Penyu, Ivan Mamut menerusi tandukan cantik membuka tirai jaringan di Gong Badak, Terengganu itu.

Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah kendalian K. Devan kembali menggandakan asakan sebelum Herold Goulon menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan pada minit ke-89.

WhatsApp Image 2023-07-28 at 11.41.32 PM

Sebahagian aksi pemain skuad Jang berdepan Sang Penyu. — Facebook/MFL

Beberapa penyokong turut memuji kelincahan import NSFC, Goulon yang berjaya menawan kembali hati penyokong skuad Jang yang terluka selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti di awal minit permainan.

"Comeback is real. Good job Goulon," kata Hadi Ahmad.

"No penalti no hal, Goulon penyelamat game kali ini, terbaik," kata Md Hasrul.

"Terbaik game malam ni, puas hati kedua pasukan seri, last minit jaringan Goulon. Terbaik," kata Abdul Arif.

"Tahniah NSFC, guna sorang import pun boleh seri lawan tuan rumah yang guna full import," kata Mohd Rozi Amir

Keputusan seri itu menyaksikan pasukan TFC kekal berada di tangga keenam Liga Super dengan mengutip 26 mata manakala NSFC kekal kedudukan kesembilan hanya dibezakan lima mata. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram