Kelibat ex-striker Perak petanda The Cops bakal ratah Kijang Hijau


  • Podium
  • Jumaat, 28 Jul 2023

Sekitar sesi latihan PDRM sebelum beraksi menentang Kijang Hijau. —Instagram/officialpdrmfc

PENYERANG baharu PDRM FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak difahamkan bakal menjadi kesebelasan utama The Cops untuk pusingan kedua saingan Liga Super 2023 menentang Kelantan United FC pada Jumaat.

Pada Khamis minggu lalu, penyerang muda Perak FC, Hadi Fayyadh sah menyertai PDRM FC secara pinjaman untuk menghadapi baki saingan musim ini.

Perpindahan tersebut disahkan menerusi laman media sosial rasmi Sang Saka Biru dan Hadi Fayyadh sudah menyertai latihan pasukan itu yang dikendalikan pemangku jurulatih Eddy Gapil selepas Azzmi Aziz meletak jawatan sebagai ketua jurulatih kelab itu.

WhatsApp Image 2023-07-28 at 15.38.32 (1)

Barisan pemain PDRM yang bakal beraksi menentang Kelantan United FC. — Instagram/officialpdrmfc

Dengan kehadiran Hadi, The Cops dijangka dapat menambah sengat di bahagian serangan, sekali gus berpotensi membantu pasukan baharunya itu meraih tiga mata di tempat lawan.

Ini kerana pemain berusia 23 tahun itu memiliki kelebihan fizikal sebagai seorang penyerang yang dianggap sebagai senjata baharu untuk merobek benteng pertahanan Kijang Hijau.

Walaupun tidak mencatat rekod yang baik ketika bersama Perak awal musim, Hadi boleh membantu The Cops kerana PDRM sering menampilkan corak permainan yang sukar diramal oleh pihak lawan.

Bagaimanapun, ketika beraksi bersama skuad Seladang, Hadi merekodkan dua hantaran bantuan selepas 11 perlawanan diturunkan.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu dianggap memberi kelebihan kepada pasukan Kijang Hijau berikutan bermain di laman sendiri selain mempunyai misi untuk mengejar kemenangan kedua musim ini.

Perlawanan terakhir PDRM mnenyaksikan kelab itu tampil dengan aksi cukup cemerlang apabila mengikat Terengganu FC dengan keputusan 0-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor 16 Julai lalu.

The Cops kini berada di tangga kelapan Liga Super selepas 17 perlawanan manakala Kelantan United di kedudukan kedua tercorot liga. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram