MENJELANG perlawanan pusingan kedua Liga Super 2023, pasukan Terengganu FC bakal menerima kunjungan skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk melengkapkan aksi ke-18 liga pada Jumaat.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu itu dijangka sengit berikutan lima rekod terakhir pertemuan kedua pasukan yang terikat dengan keputusan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.
Namun begitu, perlawanan kali ini didakwa sukar bagi skuad Jang berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh pasukan tersebut.
Rentetan perkara itu, NSFC tidak mampu untuk mendatangkan pemain import baharu bagi memperkuatkan barisan pemain skuad itu.
Bukan itu sahaja, pemain NSFC juga dilihat hanya mampu menaiki bas untuk menghadapi perlawanan yang mempunyai jarak jauh daripada Lembah Klang.
Perkara itu pastinya akan mempengaruhi psikologi dan mental barisan pemain skuad Jang kerana tidak mempunyai rehat yang cukup dengan perjalanan jauh tersebut.
Tangkap layar hantaran tersebut. — Twitter/TJs
Bagaimanapun, dalam satu hantaran di laman Twitter, terdapat beberapa penyokong yang seolah-olah memerli pihak pengurusan NSFC kerana tidak mempunyai bajet untuk menaiki kapal terbang jika dibandingkan dengan pasukan lain.
"Naik bas boh, fans pun pergi naik flight. Tapi takpo, kalah nanti boleh salahkan coaching team.
"Hujung bulan kena banyak berjimat-cermat, contohnya, bawa pemain cukup-cukup saja dan teknikal team tidak bawa semua," kata @TheJangsN9.
Skuad Jang yang kini berada di kedudukan ke sembilan dalam Liga Super perlu memperolehi kemenangan agar penyokong berpuas hati dengan usaha mereka yang sanggup datang dari jauh untuk memberi semangat dan sokongan.
Penyokong NSFC yang dianggap banyak memberi sokongan untuk membakar semangat para pemain perlu diberikan hadiah dari segi kemenangan ataupun berada pada kedudukan lima terbaik carta Liga Super. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram