Lupakan Lee Tuck, fans fobia jika import muda tamatkan jodoh bersama Sang Kenari


  • Podium
  • Sabtu, 29 Jul 2023

Bekas penyerang KDA FC, Lee Tuck (kanan) mengambil keputusan untuk meninggalkan Sang Kenari. —Instagram/lee_tuck

KEHILANGAN tonggak utama KDA FC didakwa dijangka merencatkan corak permainan pasukan itu selepas bahagian depan berjaya memperolehi keserasian dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Ia selepas penyerang berbisa KDA FC, Lee Andrew Tuck mengambil keputusan untuk meninggalkan Sang Kenari atas persetujuan bersama dengan pihak pengurusan KDA FC pada Rabu lalu.

Ketika ini, kuat khabar angin mengatakan pemain berusia 35 tahun itu bakal ke pasukan Sabah atau pulang ke tanah kelahirannya iaitu England.

Namun, setakat ini belum ada pengumuman rasmi yang dibuat oleh Lee Tuck.

WhatsApp Image 2023-07-28 at 22.24.00

Pemain import muda KDA FC, Manuel Hidalgo. Instagram/manu_hidalgo99

Pada masa sama, terdapat beberapa penyokong mengganggap kehilangan Lee Tuck tidak memberi kesan kepada pasukan tersebut kerana Sang Kenari masih memiliki barisan pemain import yang cukup berkualiti.

Antara yang menjadi sebutan penyokong tentunya ialah tonggak import yang beraksi di posisi sayap kanan iaitu Manuel Hidalgo.

Perkembangan terbaharu itu juga menyebabkan rata-rata penyokong skuad Hijau Kuning menginginkan agar penyerang muda itu terus kekal bersama KDA FC untuk menghadapi baki saingan musim ini.

"Lee Tuck keluar tidak apa lagi jangan pula Hidalgo yang tiba-tiba keluar, kecewa dan fobia kalau dia keluar pula," kata Hidup Mau Happy.

"Hidalgo padu, muda pula itu. Mesti pihak pengurusan akan simpan lama sikit," kata Fieyl Chucky.

"No Lee Tuck, no problems bagi team Kedah," kata Pak Lonh.

Untuk rekod, dalam 17 penampilannya bersama pasukan Sang Kenari pada musim ini, bekas tonggak Sri Pahang FC itu berjaya merekodkan tiga jaringan dan enam bantuan gol.

Pada masa sama, Hidalgo juga calon kesebelasan utama terbaik skuad kendalian Nafuzi Zain itu dalam saingan Liga Super 2023.

KDA FC yang kini menduduki tangga ketiga carta Liga Super dengan mengutip 34 mata selepas 17 perlawanan berlangsung bakal berdepan Kuching City di tempat lawan pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram