Tanpa Forestieri, Arif Aiman kena korbankan posisi beri peluang import baharu tumbangkan Gergasi Merah


  • Podium
  • Rabu, 26 Jul 2023

Forestieri mengalami kecederaan pada minit-minit akhir permainan berpunca daripada terjahan Akram Mahinan. — Facebook/ JohorSouthernTigers

JOHOR Darul Takzim (JDT) yang bakal bertembung dengan Selangor FC pada aksi minggu ke -18 Liga Super sedikit tempang apabila tidak dapat menurunkan tonggak utamanya dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu ini.

Hal ini kerana, import prolifik skuad Harimau Selatan, Fernando Forestieri mengalami kecederaan ketika aksi menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) pada perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di venue sama, pada Sabtu lalu yang menyaksikan anak-anak buah Estaban Solari muncul juara dengan keputusan 2-0.

Tonggak import dari Argentina itu difahamkan mengalami kecederaan pada minit-minit akhir permainan berpunca daripada terjahan pemain skuad Warga Kota, Akram Mahinan.

Jika Heberty diturunkan pada perlawanan Sabtu ini, ia pastinya akan memberikan percaturan permainan yang berbeza.

BACA LAGI : Forestieri cedera, Solari perlu beri peluang buat Safawi Rasid

Khabar angin pemain berketinggian 1.72 meter itu tidak diturunkan pada perlawanan tersebut diperkuatkan lagi dengan ketiadaannya ketika sesi latihan di pusat latihan JDT pada Selasa sekali gus menimbulkan sedikit kerisauan dalam penyokong.

Melihat kepada situasi tersebut, rata-rata penyokong menjangkakan penyerang baharu JDT, Heberty Fernandes bakal menggalas tugas sebagai penyerang utama menggantikan Forestieri.

Heberty yang beraksi cemerlang bersama kelab Thailand itu mencuri tumpuan JDT untuk mendapatkan khidmatnya bagi memperkuatkan jentera serangan Harimau Selatan untuk mengharungi baki musim.

Pemain kelahiran Brazil itu menyertai JDT bagi mengisi kuota Asean setelah dia memiliki kerakyatan Timor Leste.

Jika Heberty diturunkan pada perlawanan Sabtu ini, ia pastinya akan memberikan percaturan permainan yang berbeza sekali gus bakal memperlihatkan aksi penyerang sensasi itu buat kali pertama di pentas Liga Super musim ini.

ARIF

Penyokong berpendapat posisi Arif Aiman di sayap kanan terpaksa 'dikorbankan' bagi memberi laluan kepada Heberty. — Facebook/JohorSouthernTigers

Di sebalik andaian tersebut, ada penyokong JDT berasakan terdapat kemungkinan posisi Arif Aiman yang bermain di sayap kanan pasukan tersebut, terpaksa 'dikorbankan' bagi memberi laluan kepada Heberty.

Seorang penyokong JDT, Fahmi Jamal berpendapat, sekiranya Heberty diturunkan kelak, Arif Aiman perlu bermain di posisi sayap kiri yang biasanya diisi oleh Forestieri sebelum ini selain Akhyar Rashid dan Oscar Arribas.

"Kalau main ganti Forestieri biar (Heberty) main sebelah kanan tempat Arif, sebab Heberty kaki kiri.

"Biar Arif main di posisi sebelah kiri pula. Baru sedap 'cut in'," katanya.

Pada masa sama, penyokong juga pastinya teruja melihat debut sulung Heberty kerana faktornya yang agak berusia.

Oleh yang demikian, tentunya, pemain berusia 34 tahun ditunggu-tunggu kerana ramai peminat bola sepak tempatan mahu melihat sejauh mana kehebatannya sehingga JDT sanggup mengikat pemain berketinggian 1.72 meter itu.

Jika sensasinya sehebat seperti yang diperkatakan, JDT pasti dapat berpesta gol dan memastikan rekod tanpa kalah di tempat lawan diteruskan bagi musim ini.

Untuk rekod, Heberty memegang status sebagai penjaring terbanyak Liga Thailand apabila menjaringkan 159 gol dalam 249 perlawanan di negara terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram