Jangkaan meleset, fans Tok Gajah kecewa import baharu masih gagal bersaing dalam Piala MFL


  • Podium
  • Khamis, 20 Jul 2023

Rafael kini masih belum mampu menambat hati penyokong-penyokong Tok Gajah. — Facebook/Sri Pahang

HASRAT Sri Pahang FC mencari penyerang baharu sebagai sokongan kepada Kpah Sherman akhirnya tercapai pada awal bulan ini selepas penyerang Brazil, Rafael Silva sah menyertai skuad Tok Gajah.

Rafael diharapkan menjadi taruhan terbaharu Fandi Ahmad bagi memperkasa barisan serangan berganding bersama penyerang import Liberia, Kpah Sherman yang menjaringkan sembilan gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Bola sepak Asia Tenggara tidak asing bagi pemain yang berusia 32 tahun itu kerana pernah menyertai beberapa kelab dalam Liga Indonesia.

Musim terbaiknya ialah ketika beraksi di Indonesia dengan PS Barito Putera apabila menjaringkan 14 gol dan melakukan empat assists dalam 28 penampilan.

Sepanjang 216 perlawanan, Rafael menjaringkan 60 gol dan 13 assists sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak di sembilan buah negara.

Dia juga pernah diturunkan sekali dalam perlawanan Sri Pahang menentang Selangor di Stadium Darul Makmur, Pahang pada 9 Julai lalu.

Rafael

Rafael ketika beraksi dalam Piala MFL. Facebook/Sri Pahang FC

Jika diikutkan persembahan Rafael ketika itu, tidak menunjukkan prestasi yang baik kerana terkesan dengan tempoh perjalanan yang panjang menjadi kesukaran buatnya.

Bukan setakat itu, Rafael yang turun dalam Piala MFL menentang KL City Extension pada Selasa juga masih mengecewakan penyokong Sri Pahang kerana aksi buruk yang dipamerkannya.

"Pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan Sri Pahang kena 'scam' lagi kali yang keberapa pun tak tahu, tak pernah ambil iktibar dari pengalaman yang lepas-lepas," kata Din Chember.

"Masa Ifadayo 'free' baru ini tak nak usaha ambil, sekarang main dengan Kedah terus sedap," jelas Wan Adnan Noor.

"Ada masa lagi tak tukar import yang lain? Cari berkualiti dan nampak pintu gol," ujar Khairul Hafizan.

"Kena pemain Brazil yang tak pandai main bola, kalau hebat masa dekat Indonesia tak akan dilepaskan, kalau banding lagi bagus Kpah Sherman," luah Mohd Sholeh Ahmad.

Sri Pahang kini menduduki tangga keempat Liga Super selepas menang 10 kali, seri empat kali dan hanya merekodkan tiga kekalahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram