'Tak dapat Safawi', TFC beralih arah ke 2 bintang utama KL City


  • Podium
  • Rabu, 19 Jul 2023

TFC kini sedang menyasarkan dua bintang utama KL City.

JENDELA perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) kini semakin rancak apabila hampir kesemua pasukan melakukan perubahan apabila membawa masuk beberapa pemain baharu.

Antara pasukan yang sudah pun membawa masuk pemain baharu ialah Selangor FC, Sabah FC, Perak FC, Penang FC dan banyak lagi.

Terengganu FC (TFC) juga tidak ketinggalan untuk memperkuatkan skuad mereka selepas membawa import baharu, Nurillo Tukhtasinov dan Norhakim Hassan daripada Selangor.

Skuad Penyu tidak berhenti di situ apabila khabar angin mengaitkan TFC dengan duo KL City FC yang kini sedang menjadi tunjang utama skuad Bojan Hodak.

Menurut ciapan T. Avineshwaran di Twitter, TFC dikhabarkan sedang mengintai peluang untuk merekrut Akhram Mahinan dan Zhafri Yahya dalam jendela perpindahan kedua ini.

"Terengganu sedang memantau duo Kuala Lumpur, Akram Mahinan dan Zhafri Yahya.

"Tidak pasti sama ada perpindahan ini akan berlaku, tapi menarik untuk kita lihat ke mana mereka pergi bila musim ini berakhir," ciapnya di Twitter.

Nurillo

Nurrilo antara pemain tengah terbaik Uzbekistan. Facebook/TFC

Prestasi pasukan Terengganu kini tidak berada dalam keadaan yang baik selepas mereka hanya menang satu daripada lima perlawanan terakhir.

Kemasukan Nurillo di bahagian tengah TFC nampaknya masih belum memberikan impak positif meskipun pemain berusia 26 tahun itu hadir dengan resume yang menakjubkan.

Menurut salah seorang penyokong, Piang Shankly di Facebook mendakwa Tomislav Steinbruckner kini berada dalam fasa yang sukar kerana gagal mengawal keharmonian bilik persalinan.

TFC kini menduduki tangga keenam Liga Super selepas menang tujuh, seri empat dan tewas enam kali dalam 17 perlawanan dan dibolosi 21 jaringan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram