[VIDEO] 'Dia sayang lagi TFC', kelibat Nafuzi Zain di sesi latihan Penyu kembalikan laungan #NafuziIn


  • Podium
  • Isnin, 03 Jul 2023

Ketika melatih Terengganu, Nafuzi juga diangkat sebagai jurulatih terbaik dalam ABK 2022. — Facebook/TFC

PERTEMBUNGAN menarik antara Terengganu FC (TFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC antara perlawanan Liga Super mencuri tumpuan pada minggu ini dan ditunggu-tunggu penyokong kedua-dua pasukan tersebut.

Dalam perlawanan pusingan pertama pada 1 Mac lalu menyaksikan skuad Penyu terpaksa berputih mata selepas gagal meraih tiga mata di Darul Aman apabila tewas 1-0 di tangan Sang Kenari.

Aksi pada pusingan kedua Liga Super itu juga merupakan perlawanan pertama Nafuzi Zain menentang bekas majikannya selepas memutuskan untuk berundur daripada mengendali skuad Penyu pada akhir musim 2022.

Lapan bulan berlalu, bekas pengendali TFC itu akhirnya pulang ke bumi Darul Iman bagi mengetuai Kedah untuk perlawanan kedua Liga Super Sang Kenari dan kepulangannya itu membawa seribu satu memori buat Nafuzi mahupun penyokong.

Dalam satu perkongsian video di laman TikTok, jurulatih berusia 44 tahun itu dilihat singgah ke kem latihan TFC yang diadakan sebagai persiapan menentang Sang Kenari pada malam ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu.

Video yang dimuat naik oleh Dr. Mat Bera dengan kapsyen ‘dia sayang lagi TFC’ menunjukkan pengendali kelahiran Kelantan itu turun ke padang latihan skuad Penyu bersama bekas pengurus TFC musim 2021, ZuI FadIi Rozi atau lebih dikenali sebagai Bos Joe dalam kalangan penyokong kelab Pantai Timur itu.

Klip video berdurasi 20 saat itu membuatkan ramai penyokong mulai berhasrat untuk melihat jurulatih terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022 tersebut kembali membimbing skuad Penyu.

“Tahun depan baliklah Nafuzi. Tranung (Terengganu) perlukan anda. #NafuziIn” kata penyokong TFC, Tranung.

“Jurulatih Nafuzi dan Bos Joe adalah individu menaikkan bola sepak Tranung ke arah corak permainan moden,” komen seorang lagi penyokong, Jemy.

“Sayang betul. Kalau Nafuzi dan skuad musim lepas kekal dan jurulatih Nafuzi ambil yakin boleh kalahkan JDT (Johor Darul Takzim),” kata penyokong, Azwne.

Pada musim lepas, Nafuzi berjaya membawa pasukan itu muncul selaku naib juara Liga Super 2022, finalis Piala FA, serta menempah slot ke saingan Piala AFC 2023. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram