SAINGAN Liga Juara-juara AFC (ACL) yang bakal berlangsung pada selewat-lewatnya Ogos 2023 pasti akan menarik perhatian bola sepak tanah air.
Johor Darul Takzim (JDT) yang merupakan wakil sulung untuk kempen kali ini dijangka terus menjadi satu cabaran buat pasukan-pasukan lain melihat kepada kejayaan edisi lalu.
Bagaimanapun, untuk memastikan kesemua pasukan yang menyertai pertandingan itu mempunyai kebenaran secara sah, pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan terdapat tujuh kelab layak untuk menyertai ACL.
Pasukan-pasukan itu ialah JDT, Selangor FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC, Kuala Lumpur (KL) City FC, Terengganu FC dan Sabah FC.
Kesemua kelab tersebut sememangnya cukup sinonim di peringkat Asia dengan kelibat mereka membantu meningkatkan daya tarikan pihak luar akan kualiti bola sepak tanah air.
Kali terakhir Sri Pahang beraksi di peringkat Asia adalah pada 2015.
Namun, di sebalik pengumuman yang dibuat pada Sabtu itu, terpalit sedikit rasa kurang senang, lebih-lebih lagi dalam kalangan penyokong Sri Pahang FC.
Ini kerana pihak pengurusan kelab Pantai Timur itu sekali lagi memilih untuk tidak mendapatkan lesen tersebut meskipun mereka kini berada di prestasi terbaik.
Tambahan pula, kenyataan AFC berkenaan pengumuman tersebut menegaskan bahawa terdapat empat pasukan yang sudah membuat permohonan, namun ditolak atas sebab tertentu.
Perkara itu hanya meningkatkan andaian daripada hampir keseluruhan pengikut setia skuad Tok Gajah apabila ia menutup peluang pasukan tersebut untuk beraksi di pertandingan tertinggi di peringkat benua.
Sri Pahang FC berada di prestasi lebih baik berbanding musim lalu. — Facebook/Sri Pahang FC
"Seperti biasa, Sri Pahang hanya memberi tumpuan untuk liga tempatan sahaja. Kehadiran mereka hanya untuk menyakat pasukan-pasukan lain, tidak lebih daripada itu," kata Zul Sha.
"Jangan risau, Pahang selalunya akan melakukan kejutan pada minit-minit akhir. Apa-apa pun, selamat maju jaya atas pasukan yang sudah dapatkan lesen," kata Muhammad Insan.
"Pahang macam biasa, mereka tidak memerlukan AFC kerana AFC yang akan memerlukan Pahang," kata Amirul Affendy dengan nada sinis.
Kali terakhir skuad Tok Gajah beraksi di peringkat Asia adalah pada 2015 dengan mereka melangkah ke peringkat suku akhir Piala AFC.
Pasukan itu kemudiannya berpeluang untuk layak ke kejohanan berkenaan empat tahun kemudian apabila mereka muncul juara Piala FA.
Namun, dengan mereka gagal untuk memperolehi lesen, Sri Pahang hanya mampu menyaksikan pasukan-pasukan lain berentap di peringkat benua sementara mereka hanya fokus terhadap bola sepak tempatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram