Pertukaran 'keeper', sentuhan raja 'comeback' Sri Pahang kembali bangkit tewaskan NSFC


  • Podium
  • Jumaat, 09 Jun 2023

Sebahagian aksi perlawanan antara Sri Pahang dan NSFC di Stadium Darul Makmur pada Jumaat. —  Sri Pahang FC

SRI Pahang FC bangkit daripada kekalahan dua kali berturut-turut apabila berjaya menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan keputusan 4-3.

Dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur itu, skuad Jang menggegarkan gawang lawan seawal minit ke-8 apabila import sensasinya, Herold Goulon menjaringkan gol sulung.

NSFC terus agresif memburu gol selepas penyerang berbisa, Shahrel Fikri pula meledak gol kedua yang juga jaringan peribadi kelima buatnya.

Sri Pahang hampir saja mengejar kedudukan namun gol Michael Glassock tidak dikira kerana pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Namun rezeki lain berpihak kepada Tok Gajah selepas skuad itu dianugerahkan sepakan penalti dengan Stefano Brundo menyempurnakan jaringan tersebut.

352375497_625448696283832_5626614998579801057_n

Meskipun demikian, NSFC melancarkan serangan balas yang menyaksikan Casagrande pula menjaringkan gol ketiga skuad Jang selepas hanya seminit Stefano meletakkan Pahang pada kedudukan 2-1.

Aksi penuh dramatik di Darul Makmur terhenti sebaik wisel separuh masa pertama dibunyikan dengan keputusan kekal 3-1.

Memasuki babak kedua, Sri Pahang menggandakan asakan di bahagian serangan yang menyaksikan skuad kendalian Fandi Ahmad memperoleh gol kedua pada minit ke-80.

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia, David Rowley yang masuk sebagai pemain gantian menanduk kemas gol tersebut untuk merapatkan jurang jaringan.

Tok Gajah memperoleh gol penyamaan apabila Stefano sekali lagi meledak gawang NSFC yang semakin goyah berikutan kecederaan yang dialami penjaga golnya, Sikh Izhan.

352806795_625418362953532_7998898152258881252_n

Stefano menjaringkan dua gol buat Sri Pahang FC. — Sri Pahang FC

Jaringan import berbisa Tok Gajah, Kpah Sherman pada masa tambahan memastikan tiga mata penuh menjadi milik Sri Pahang sekali gus membawa pasukan itu kembali ke landasan kemenangan.

Di sebalik empat jaringan yang diraih Pahang, kredit turut diberikan kepada penjaga gol Zarif Irfan yang masuk menggantikan Izham Tarmizi.

Ramai penyokong berpendapat, kemasukan Zarif Irfan memberi keyakinan kepada barisan pertahanan Tok Gajah dalam mengekang serangan lawan.

Izham Tarmizi yang juga pemain pinjaman Johor Darul Takzim (JDT) sebelum itu membenarkan pelawat meraih tiga gol mudah kerana dikatakan kurang cekap menangkap serta menampan bola dengan kemas.

352739288_625418366286865_4968792483876616243_n

Izham dikatakan kurang berjaya melaksanakan tugas sebagai penjaga gol dengan baik. — Sri Pahang FC

"Masuk Zarif baru confident barisan pertahanan. Lepas ni Izham duduk bench sajalah," kata M Amirul Azlan.

"Tukar penjaga gol, tukar tengah, tukar sayap baru menjadi...misai (Rowley) lain macam pula dia main tapi Stefano freekick memang cun," kata Fairus Razali pula.

"Mantap Pahang. Tukar keeper kemetot (rendah) berintensiti tinggi terus menang," komen Saufie Sakri.

"Zarif ganti Izham barulah nampak peranan goal keeper," ujar Ebby Danial Mokhtar.

Sri Pahang menghuni tangga keempat dengan 28 mata ketika ini manakala NSFC di kedudukan kesembilan dengan 18 mata. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram