Kononnya akibat kualiti padang, keputusan tangguh aksi TRW-KCFC timbulkan tanda tanya


  • Podium
  • Khamis, 08 Jun 2023

Pertembungan antara Kelantan FC dan Kuching City FC sebelum ini memihak kepada skuad The Cats. — Facebook/TRW Kelantan FC

AKSI minggu ke-14 Liga Super bakal menyaksikan pertembungan antara dua pasukan bergelut, Kuching City FC dan Kelantan FC di Stadium Negeri, Sarawak.

Pertembungan yang sepatutnya berlangsung pada Khamis itu dijangka akan memberi nafas baharu buat mana-mana pasukan jika mereka mampu mengutip tiga mata penuh dalam aksi berkenaan.

Bagaimanapun, dalam satu pengumuman pada Rabu, Kelantan FC mengumumkan bahawa perlawanan itu terpaksa ditangguh akibat sebab yang tertentu.

"Dimaklumkan perlawanan Liga Super antara Kuching City FC dan TRW Kelantan FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Negeri, Kuching pada 8/6/2023 (Khamis) ditunda pada tarikh 21/7/2023.

"Pasukan Kuching City FC memohon penundaan berikutan permukaan padang di stadium berkenaan sedang dibaik pulih dan tidak dapat digunakan buat sementara waktu," tulis kenyataan itu.

352468912_1285783055666332_7241159028581728447_n

Pertembungan antara skuad TRW dan Kuching City terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu. Facebook/TRW Kelantan FC

Hal tersebut seperti boleh diterima memandangkan beberapa perlawanan sebelum ini berakhir dengan keadaan padang dalam keadaan berlecak.

Situasi berkenaan dikatakan mampu meningkatkan risiko kecederaan terhadap kesemua pemain di samping menyebabkan mereka gagal menampilkan prestasi terbaik.

Namun, hal tersebut seperti tidak mendapat respons positif daripada penyokong kedua-dua pasukan memandangkan keadaan terkini padang di stadium terbabit masih sesuai untuk digunakan.

Menerusi satu hantaran di Facebook Trk Kelantan, pengguna media sosial itu berpendapat perlawanan masih boleh sesuai untuk dilangsungkan di venue tersebut.

352058697_213055968226051_8200677984128856103_n

Kecederaan mudah dialami pemain jika beraksi di atas padang yang tidak sesuai. Facebook/Kuching City FC

"Padang yang cantik, hendak 'dibaiki' pada hari ini (Khamis) sedangkan pada hari Sabtu, ada perlawanan Liga M3 antara Sarawak United dan Manjung City FC," tulisnya.

Selain itu, penyokong Kelantan FC itu juga mengatakan beberapa kawasan di Stadium Negeri perlu diperbaiki, namun tidak akan menjejaskan aksi Liga Super itu.

Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen media sosial TRW Kelantan FC, mereka masih bertegas bahawa tindakan untuk menangguhkan perlawanan itu adalah berpunca daripada Kuching City FC.

Untuk rekod, perlawanan kedua-dua pasukan sebelum ini menyaksikan skuad The Cats membawa pulang tiga mata penuh dengan keputusan 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram