CADANGAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya murid-murid sekolah dibiasakan dengan amalan menjaga kebersihan tandas pada Sabtu lalu mendapat respons pelbagai pihak termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Walaupun ia satu cadangan yang membina, namun terdapat segelintir PIBG sekolah menyuarakan pendapat bahawa kerja-kerja mencuci tandas itu boleh dimulakan dengan pelajar-pelajar bermasalah.
Pendapat tersebut seterusnya menimbulkan persepsi dengan negatif terhadap persatuan berkenaan yang dianggap tidak adil seolah-olah menyifatkan amalan mulia tersebut sebagai satu hukuman terhadap pelajar-pelajar tersebut.
Oleh itu, salah seorang pengguna Twitter, @loopexxx mencadangkan agar tanggungjawab tersebut dibahagikan sama rata kepada semua pelajar.
"Bagus sebenarnya pelajar sendiri basuh tandas. Tapi kenapa perlu mula dengan pelajar bermasalah? Nak mula, mulakan terus untuk semua pelajar," katanya.
Pengguna Twitter lain, @xxarranow turut menceritakan pernah ditugaskan untuk mencuci tandas sekolah agama pada 2009.
"Zaman aku sekolah agama dulu relax je basuh tandas (2009). Zaman sekarang ni je students terlebih manja," ciapnya.
Cadangan Anwar berkenaan isu tandas sekolah yang kotor mendapati reaksi berbeza daripada pelbagai pihak. — Agensi.
Bagi @krazzyyoung pula, amalan mencuci tandas sekolah oleh murid telah lama ada, namun banyak masalah timbul daripada ibu bapa yang terlampau manjakan anak mereka.
"Dulu-dulu memang ada (cuci tandas sekolah) tetapi macam-macam berlaku. Payah nak jawab ibu bapa yang sayangkan anak-anak. Guru pun amat keliru.
"Payah ibu bapa yang kurang faham asuhan yang tersembunyi di sebalik (amalan) bersih tandas, mengutip sampah, menyapu sampah, gotong royong hias kelas dan program mengecat kelas," ciapnya.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter, @kahunashowz berkata, amalan menjaga kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua pelajar tidak mengira status sosial.
"Semua murid, saya tak kisah kau anak menteri ke apa, kalau aku perlu cuci tandas, kau perlu juga.
"Macam mana kalau anak tak ada function besar nanti guna nama daddy sahaja untuk menarik bisnes, setiap murid perlu belajar berdikari tidak kira sesiapa," ciapnya.
Pada Sabtu, Anwar menegur bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.
Oleh itu, beliau mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memeriksa tandas-tandas tersebut bagi memastikan setiap murid bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mendapat kemudahan selesa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram