Semakin serasi 'Nafuzi Ball', 4 pemain Sang Kenari terima pujian 'melambung' tampil aksi menyengat di padang


  • Podium
  • Ahad, 04 Jun 2023

Lee Tuck merupakan antara pemain yang mempamerkan persembahan memberangsangkan semasa menentang Sabah FC pada Jumaat. — Facebook/ Kedah Darul Aman FC

PERTEMBUNGAN Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan Sabah FC di Stadium Darul Aman, Kedah dalam Liga Super 2023 pada Jumaat masih menjadi perbualan hangat para peminat bola sepak tanah air.

Mana tidaknya, aksi mantap Sang Kenari berjaya menundukkan skuad The Rhinos 2-1 di laman sendiri sekali gu memperkemaskan kedudukan pasukan dari utara itu di tangga keempat dalam carta liga.

Kemenangan yang diraih skuad KDA bukan sahaja berita gembira buat pengendali kelab tersebut, Nafuzi Zain, namun ia buah tangan yang bermakna buat peminat setia pasukan tersebut.

Hal ini kerana mereka melihat beberapa orang pemain skuad Sang Kenari mula menunjukkan peningkatan prestasi permainan yang bagus dalam kejohanan domestik itu.

Seorang pemerhati bola sepak tempatan, Hafiz Mansor menerusi satu ulasan di Facebook Analisis Tangga Ayam berkata, walaupun Sang Kenari pada awal permainan bergelut memecahkan tembok pertahanan The Rhinos, namun penyerang import Kedah, Willian Lira menunjukkan kemampuannya sepanjang perlawanan.

Menurutnya, corak permainan KDA FC bertambah agresif dengan turut dibantu pemain tengah mereka, Amirul Hisyam yang bekerja keras untuk membantu pasukan.

350975471_6011648658957699_6545924500464917933_n

Aksi perlawanan antara KDA FC dengan Sabah FC dalam saingan Liga Super 2023 pada Jumaat. — Facebook/ Kedah Darul Aman FC.

"Amirul Hisyam memang ada peningkatan. Aku rasa kena bagi lebih banyak masa untuk dia kembali ke prestasi terbaik dia.

"Selain aspek defensive role atau menjadi pemain pertama untuk mematikan serangan lawan, dia juga kena perbaiki visi dan hantaran progresif ke depan," katanya.

Selain itu, Hafiz turut memuji persembahan pemain import mereka, Amirbek Juraboev yang dipertaruhkan Nafuzi bagi memastikan ketangkasannya dapat dimanfaatkan untuk menjana bentuk serangan pasukan.

Bagaimanapun, prestasi Amirbek yang menakjubkan sepanjang perlawanan tersebut disifatkan sebagai shadow striker kepada pemain import kelahiran Brazil, Wilian Lira

"Bagi aku, Amirbek memang natural midfielder. Complete set. Dia orang yang kita sangat perlukan di bahagian tengah," katanya.

Mengulas lanjut tentang persembahan permainan Sang Kenari, Hafiz berkata arkitek tengah kebangsaan Sang Kenari, Lee Tuck yang diangkat sebagai wira penyumbang dua gol buat skuad tersebut.

Katanya, walaupun agak risau dengan taktikalnya yang tidak dimanfaatkan secara optimum, pemain import kelahiran England itu sentiasa memberikan persembahan 100 peratus apabila beraksi di padang.

350951262_635610481581843_3909393475458032740_n

Skuad Sang Kenari memperoleh kemenangan selepas menumbangkan The Rhinos pada Jumaat. — Facebook/ Kedah Darul Aman FC.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh peminat tegar KDA FC, Mohamad Izwan Fairuz yang menyifatkan Lee Tuck dan pemain sayap kanan mereka, Manuel Hidalgo boleh serasi ketika beraksi bersama.

"Nampak peningkatan dia (Hidalgo) dengan Lee Tuck. Lira pun makin serasi, cuma penyudah agak tumpul.

"Mungkin Lee Tuck dan Hidalgo ada kebolehan jaringkan gol dari luar kotak penalti," katanya.

Tidak dinafikan mungkin ada sedikit kecacatan sepanjang permainan, namun segala cabaran berjaya diatasi dan dibuktikan melalui kemenangan yang diraih Sang Kenari.

Diharap skuad dari Utara ini terus bermain dengan baik supaya para penyokong boleh terus menaruh harapan untuk membawa balik lebih banyak mata bagi kelab mereka. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram