Kalah 'bermaruah' dengan JDT, tapi gaya import Penang dari Brazil buat ramai geram


  • Podium
  • Sabtu, 03 Jun 2023

Penang FC terpaksa akur dengan kualiti serta kemampuan yang dimiliki JDT ketika ini. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

JOHOR Darul Takzim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga selepas menewaskan Penang FC di tempat lawan.

Jaringan Corbin Ong dan Fernando Forestieri menyaksikan tiga mata milik skuad Harimau Selatan yang juga merupakan kemenangan ke-13 berturut-turut mereka musim ini.

Namun, melihat kepada jurang kedua-dua pasukan, senyuman masih boleh diukir rata-rata penyokong Harimau Kumbang walaupun ia merupakan kekalahan ketujuh mereka musim ini.

Ini kerana keputusan itu boleh dianggap bermaruah memandangkan jentera serangan JDT serta pasukan secara keseluruhan berada di tahap berbeza musim ini.

Tambahan pula, ketiadaan pemain tengah kelahiran Perancis, Ousmane Fane turut mengganggu gaya permainan pasukan selepas dia digantung perlawanan.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kesilapan wajar ditegur dalam pertembungan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang itu, lebih-lebih lagi dari segi individu.

348549507_799499491589155_2911496272039590430_n

Adriano tampil dengan persembahan kurang meyakinkan musim ini. Facebook/Penang FC

Penyerang yang diimport dari Brazil, Adriano Narcizo boleh dilabel sebagai antara titik kelemahan pasukan kerana dia sering kehilangan bola dalam perlawanan itu.

"Apa bendalah Adriano buat? Tapi, masih bagus permainan, sekurang-kurangnya kita sebagai pasukan ada dua percubaan tepat di pintu gol mereka," kata Md Azrie.

"Adriano kena belajar untuk melorongkan dan membuat hantaran dengan lebih awal apabila mempunyai peluang, jangan kerap bergelek sahaja," kata Jun Sefarikis.

"Dari dulu dah nampak dia ni macam pemain tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi. Gaya suka simpan bola lama-lama sehingga kehilangan bola," kata Sky Amigo.

Musim ini, bekas penyerang Melaka United itu kerap diturunkan untuk digandingkan di samping seorang lagi pemain import, Soony Saad.

Dalam 13 penampilan yang direkodkan, Adriano hanya menjaringkan satu gol dan merekodkan dua bantuan jaringan, sekali gus memberi tekanan buat jentera serangan skuad Harimau Kumbang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram