Ikut pendekatan Rajagobal, Nafuzi sudah temui bintang baharu dalam pasukan


  • Podium
  • Sabtu, 03 Jun 2023

Taktikal dan falsafah Nafuzi sudah semakin diterapkan dalam skuad Sang Kenari ketika ini. — Facebook/KDA FC

KEMENANGAN yang dicatatkan Kedah Darul Aman (KDA) FC ke atas Sabah FC membuktikan perancangan ketua jurulatih, Nafuzi Zain semakin menjadi.

Meskipun memulakan musim dengan agak perlahan, perubahan demi perubahan yang dilakukan pengendali muda tersebut dilihat semakin membuahkan hasil.

Antara pertukaran yang dibuat adalah dengan meletakkan pemain tengah, Amirul Hisyam Awang Kechik untuk memberikan kestabilan buat pasukan.

Rancangan tersebut dilihat cukup penting di sebalik momentum pasukan ketika ini dengan penyokong Hijau Kuning, Budak Bendang berasakan langkah tersebut wajar diberikan perhatian secukupnya.

Katanya, jurulatih tempatan pertama yang menggunakan seorang pemain tengah bertahan ialah Datuk K. Rajagopal ketika beliau mengendalikan skuad kebangsaan.

amar rohidan

Amar (kiri) pernah muncul sebagai antara tonggak utama skuad kebangsaan.

Amar Rohidan merupakan wira tidak diendang apabila Malaysia berjaya meraih kejuaraan dan kini, Kedah melahirkan kembali seorang pemain tempatan di posisi tersebut yang semakin meningkat permainanya.

"Terima kasih kepada Nafuzi Zain kerana mempercayai bakat tempatan dikala banyak pasukan lain menggunakan awang import di posisi tersebut.

"Kemenangan 2-1 Kedah ke atas Sabah FC kembali mendapat perhatian kerana corak 'Nafuzi-ball' sekali lagi berjalan dengan lancar," tulisnya.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat, skuad Sang Kenari ketinggalan hasil jaringan Gabriel Peres pada awal permainan.

Bagaimanapun, pada minit ke-40, Lee Tuck kembali menyamakan kedudukan hasil daripada umpanan kemas daripada Manuel Hidalgo yang mengelirukan benteng pertahanan Sang Badak.

351167410_2503098323173728_7023268563224331822_n

Amirul Hisyam memainkan peranan penting ketika aksi KDA FC dan Sabah FC. Facebook/KDA FC

Manuel Ott juga hampir meletakkan KDA FC di hadapan pada hujung babak separuh masa pertama, namun digagalkan oleh penjaga gol Sabah, Damien Lim.

Pada separuh masa kedua, anak-anak buah Nafuzi memilih untuk tidak 'mengendurkan' asakan dan hasilnya, Lee Tuck sekali lagi menjaringkan gol untuk memastikan kemenangan milik skuad Sang Kenari.

Tetapi, pujian juga harus diberikan kepada Amirul yang tiba sebagai wira tidak didendang buat kelab Utara tanah air itu sepanjang 90 minit permainan.

"Dirty work yang dilakukan oleh Amirul juga banyak membantu dan melindungi barisan pertahanan Kedah. Peranan yang dimainkannya membolehkan Amirbek (Juraboev) bergerak sebagai pemain tengah menyerang.

"Amirul Hisyam Awang kecik adalah pemain terbaik perlawanan bagi penulis, teruskan konsistensi dan jangan putus asa," tulisnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram