[VIDEO] Selepas persoalkan Chong Wei masuk Hall of Fame BWF, Taufik Hidayat didesak buat permohonan maaf


  • Podium
  • Jumaat, 02 Jun 2023

Chong Wei dan Lin Dan disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran BWF bagi 2023. — Twitter

BARU-BARU ini, dua nama terbesar dalam sukan badminton, Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan, menerima penghormatan tertinggi sukan itu apabila secara rasmi disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi 2023.

Mereka yang pernah dilabel sebagai musuh tradisi dalam gelanggang sukan tersebut dipilih berdasarkan beberapa pencapaian beraksi sebanyak lima kali di final Olimpik dan 10 kali Kojohanan Dunia.

Chong Wei merangkul 47 gelaran Siri Super/Jelajah Dunia dan menjadi pemain nombor satu dunia selama 349 minggu, manakala Lin Dan pula unggul ketika beraksi di kejohanan utama selepas merangkul dua gelaran Olimpik dan lima Kejohanan Dunia.

Namun di sebalik anugerah yang diterima mereka terutamanya ketika menerima plak istimewa daripada BWF di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mei lalu, diam-diam ada individu seperti menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap perkara itu.

Menerusi video tular di TikTok, legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat seakan-akan tidak bersetuju apabila Chong Wei tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran ataupun Hall of Fame BWF itu.

Berbeza dengan Chong Wei, Hidayat mengakui bahawa Lin Dan layak untuk mendapat pengiktiran berkenaan namun mempersoalkan keberadaan nama pemain nombor satu Malaysia.

“Dalam pertandingan yang dikira juara bukan siapa paling lama (konsisten). Bukan dikira siapa paling lama berada di tempat pertama.

“Kau kalau 10 kali silver, satu kali emas pilih yang mana?,” katanya ketika diundang dalam rancangan bual bicara di Indonesia.

Bukan itu sahaja, Hidayat juga seperti mempersoalkan bahawa pengiktirafan dari BWF kepada Ching Wei itu seperti ada unsur pilih kasih berikutan ibu pejabat BWF berlokasi di ibu kota.

Kenyataan Hidayat yang seperti kata pepatah, korek lubang ulat itu jelas mengundang reaksi pelbagai dari warganet Malaysia dan negaranya sendiri sehingga ruang komen Instagram milik pemain tersebut dipenuhi dengan kata-kata berbaur kecaman dan mendesaknya untuk meminta maaf kepada Chong Wei.

“Tengok statistik sahaja dah jelas yang Lee Chong Wei pemain yang lebih baik daripada kau. Kau itu hanya cemburu sebab dia lebih berjaya,” komen pengguna Instagram, Mystic108.

“Perangai teruk dan tak hormat LCW. LCW lagi hebat dari kau dan duduk rangking nombor satu lama dan mana kau? Hanya satu emas Olimpik lepas itu hilang. Kenapa pencen awal?,” marah seorang lagi warganet, Nabil_Faisal11.

WhatsApp Image 2023-06-02 at 11.46.37

Tangkap layar komen dari Hidayat.

Sementara itu, Hidayat yang seakan-akan tidak terkesan dengan segala kecaman dilemparkan kepadanya sempat memberi komen: ‘Pernah juara apa? Sukan SEA? Sukan Asia? Juara Dunia? Olimpik? Hmmmmmmmmm, so buat apa? Kita semua kawan’.

Untuk rekod, pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan pemain badminton paling berjaya Malaysia, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 serta tiga gelaran naib juara kejohanan dunia pada 2011, 2013 dan 2015.

Chong Wei yang bersara akibat masalah kesihatan kanser hidung dialaminya telah meraih 47 gelaran Siri Super/Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram