[VIDEO] Safee Sali masih berbisa, rembatan padu, jaring gol lawan West Ham terima pujian ramai


  • Podium
  • Jumaat, 02 Jun 2023

Safee Sali mewakili Far East United dalam The Scoccer Tournament.

PEMAIN legenda kebangsaan, Safee Sali kini di Amerika Syarikat bagi menyertai kejohanan The Soccer.

Safee yang mewakili pasukan Far East United diundi dalam saingan kumpulan D dan akan berentap dengan pasukan West Ham, Culture By Mo Ali FC dan Dallas United di kejohanan The Scoccer Tournament.

Bekas pemain JDT itu menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang beraksi dalam pertandingan ini.

Kejohanan yang disertai 32 pasukan daripada lapan kumpulan itu berlangsung pada 1 hingga 4 Jun 2023 dan bermain dengan format tujuh sebelah.

Perlawanan pertama Far East United sudah pun bermula apabila mereka mudah menewaskan West Ham United dengan keputusan 4-2 pada Khamis.

Tambah menarik, Safee berjaya menyumbang satu gol selepas mengelecek dan melepasi seorang pemain lawan lalu menendang masuk bola ke dalam gawang West Ham.

Aksi lincah Safee serta beberapa percubaan deras ternyata mendapat pujian ramai apabila bekas pemain berusia 39 tahun itu kalau diikutkan sudah lama meninggalkan dunia bola sepak profesional.

“Safee dari dulu memang layak main dekat liga luar negara,” kata Supersaf84.

“Padu sangat dia ‘shoot’, legend masih berbisa,” ujar Helmimpiindah.

“Otai masih berbisa, lawan West Ham itu bukan biasa-biasa,” jelas Rasyidshuib.

Kejohanan The Scoccer Tournament itu turut disertai bintang dunia seperti Cesc Fabregas dan Carlton Cole.

Ramai pemain bintang yang mewakili Far East United antaranya ialah Greg Nwokolo, Charyl Chappuis, Bienvenido Maranon dan Masaki Watanabe.

Selepas mengumumkan persaraan daripada menjadi pemain bola sepak secara profesional pada 21 Februari lalu, Safee kini kembali ke kancah bola sepak untuk bersaing dan beradu tenaga bersama bintang dan legenda-legenda dunia. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram