Sabah tunggu kedatangan legenda Persib Bandung, tapi rupanya setaraf Liga Perdana


  • Podium
  • Ahad, 28 Mei 2023

Dedi (kanan) merupakan antara tonggak tengah utama Persib Bandung dengan tampil dalam 32 penampilan untuk saingan Liga 1 Indonesia musim lalu. — Agensi

BERBAKI lebih kurang sebulan lagi, jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) akan dibuka yang mana ia akan menjadi medan untuk setiap pasukan membuat tranformasi untuk memperkukuhkan kelab masing-masing pada pusingan kedua nanti.

Selain daripada menunggu beberapa pemain untuk ditamatkan kontrak, penyokong juga pasti tidak sabar untuk melihat kehadiran tonggak baharu yang mampu membawa perubahan kepada pasukan seperti memperbaiki kedudukan dalam liga.

Tidak ketinggalan menjadi antara pasukan yang dikaitkan dengan beberapa pemain baharu, Sabah FC pasti sedang mempersiapkan pasukan mereka untuk menjadi antara pesaing terhebat dalam liga domestik dan kejohanan antarabangsa Piala AFC nanti.

Antara nama pemain yang menjadi antara sasaran The Rhinos ialah penyerang PSM Makassar, Ramadhan Sananta iaitu antara tonggak utama barisan serangan Sang Garuda dengan menjadi antara penjaring terbanyak Sukan SEA.

Bukan hanya satu pemain negara jiran dikaitkan dengan kelab Borneo tersebut, malah difahamkan skuad di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee juga berkemungkinan akan menggunakan semula khidmat bekas import dari Indonesia iaitu Dedi Kusnandar.

sinanta

Musim ini Ramadhan berjaya menjaringkan 11 gol dalam 24 penampilan bersama PSM Makassar. — Agensi

Siapa tidak ingat bekas pemain import yang pernah menjadi antara watak utama membantu Sabah FC ketika saingan Liga Perdana pada musim 2016 sebelum kembali ke pasukan lamanya, Persib Bandung pada tahun berikutnya.

Dedi yang berpisah secara baik dengan Sabah FC tersebut difahamkan memilih kembali ke Persib pada musim 2017 walaupun banyak tawaran dari beberapa kelab Liga M ketika itu.

Pemain yang mengidolakan tonggak Jerman, Toni Kroos itu sememangnya dikenali sebagai legenda di Persib Bandung kerana kesetiaannya bersama pasukan tersebut sejak musim 2016 dan bersambung semula ketika 2017 sehingga kini.

Jika benar Sabah FC inginkan pemain berusia 31 tahun itu kembali ke The Rhinos, pihak pengurusan perlu menebus kontrak dengan jumlah yang cukup besar berikutan Dedi baharu sahaja dilanjutkan kontrak sehingga musim 2025.

WhatsApp Image 2023-05-28 at 14.08.11

Dedi ketika menyarung jersi The Rhinos pada musim 2016. — Agensi

Khabar angin Dedi kembali ke Sabah semakin kukuh apabila tonggak tengah itu dilihat sering meluangkan masa cutinya di Kota Kinabalu, Sabah.

Walaupun Dedi dianggap sebagai salah satu legenda Persib, namun penyokong The Rhinos mempunyai pendapat berbeza apabila berharap agar pihak pengurusan melupakan hasrat untuk membawa masuk pemain itu, selain menyifatkan ia adalah pelaburan yang merugikan.

“Sahaja bercuti ini, tidak mungkin diambil pemain taraf-taraf Liga Perdana sahaja ini mainan dia,” komen penyokong The Rhinos, Lee.

“Bukan bagus pun dia ini main,” tambah seorang penyokong, Safadi Eddy yang kurang gemar dengan persembahan pemain dari Indonesia itu.

Untuk rekod, Dedi merupakan antara arkitek tengah utama Persib Bandung dan buktinya dia tampil dalam 32 penampilan dengan sumbangan satu hantaran bantuan untuk saingan Liga 1 Indonesia musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram