Nasib lawan JDT seperti sudah dijangka, Sri Pahang digesa guna khidmat 'backup'


  • Podium
  • Selasa, 23 Mei 2023

Faktor bernasib baik pula lebih sesuai buat skuad Tok Gajah yang merekodkan tujuh kemenangan dan empat seri dalam 11 perlawanan terakhir. — Facebook / Sri Pahang FC

PERTEMBUNGAN antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Sri Pahang FC dikatakan sengit apabila kedua-dua pasukan tersebut berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah bagi Liga Super musim ini.

Sebelum ini, pasukan kendalian Fandi Ahmad menewaskan Penang FC 1-0 dalam aksi di Stadium Darul Makmur pada Sabtu, manakala skuad Harimau Selatan berjaya menundukkan Kuching City dengan 4-0.

Aksi gading bertemu taring ini amat dinantikan penyokong bola sepak tempatan kerana mempertemukan dua pasukan dengan rekod tanpa kalah musim ini.

Di atas kertas, Harimau Selatan memiliki peluang lebih cerah untuk mengungguli permainan berdasarkan rekod cemerlang dengan jaringan besar yang dicipta sejak liga bermula.

Faktor bernasib baik pula lebih sesuai buat skuad Tok Gajah yang merekodkan tujuh kemenangan dan empat seri dalam 11 perlawanan terakhir.

Aksi perlawanan antara Sri Pahang dengan Negeri Sembilan FC.

Ramai penyokong Tok Gajah memberikan pendapat agar pengendali pasukan itu perlu menggunakan taktikal yang betul agar pemain kesayangan mereka dapat mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan menentang pencabar utama liga.

Oleh itu, penyokong Sri Pahang antara lain menggesa Fandi untuk menurunkan pemain muda bagi berdepan perlawanan dengan JDT yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.

"Coach Fandi Ahmad dah cuba macam-macam taktikal, tapi masalahnya pemain tidak ikut taktikal coach, suruh menyerang, bantai bertahan, bila kawan bawa bola dan kawal bola tiada kawan nak support.

Pertembungan antara JDT dan Sri Pahang FC dikatakan sengit apabila kedua-dua pasukan tersebut berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah bagi Liga Super musim ini.

"Sebab itu coach Fandi Ahmad cakap pemain lambat panas dan banyak kesilapan individu, cuma coach Fandi tak berani guna pemain muda, jika tidak boleh juga back up jika ada pemain cedera atau digantung, stamina pun masih rendah lagi," kata Syam Along.

"4-4-2 sesuai lawan JDT ni seimbang di semua posisi. Tapi taktik Fandi ni dia suka pakai lima pertahanan penyerang letak seorang saja, apa punya taktik old school?" ujar Zaidy Dee.

"Apa barang nak bertahan saja, buat serangan terus ke pintu gol JDT, kalau duduk bertahan saja memang kenalah sekurang-kurangnya ada balas gol," kata Utama Zul Jengking. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram