Dibelasah Selangor FC, fans minta pengurusan Perak FC menghadap TMJ dapatkan khidmat 2 pemain otai


  • Podium
  • Sabtu, 20 Mei 2023

Barisan kesebelasan utama Perak FC ketika menentang Selangor FC dalam perlawanan di Stadium Ipoh, Perak pada Sabtu. — Facebook/PerakFootballClub

SELANGOR FC menepati ramalan apabila dengan selesa menewaskan Perak FC 4-0 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium, Ipoh, Perak pada Sabtu.

Gergasi Merah yang pada awalnya bergelut untuk memberikan ancaman kepada pihak lawan berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-40 menerusi sepakan percuma penyerang importnya Ayron De Valle.

Ia selepas pemain tonggak serangan Selangor FC, Faisal Halim dijatuhkan betul-betul di hadapan kotak penalti skuad Seladang.

Faisal kemudiannya menambah derita Perak FC menerusi jaringan kedua pada minit akhir separuh masa pertama apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid pertahanan lawan.

Pada babak kedua, Selangor FC menambah dua lagi gol masing masing hasil rembatan dari luar kotak penalti pemain tengahnya, Mukhairi Ajmal pada minit ke- 50 dan tandukan Ayron (minit ke-69).

perak fc

Penyokong menyifatkan pemain Perak FC seakan-akan beraksi tanpa semangat dalam perlawanan di laman sendiri pada Sabtu. — Facebook/PerakFootballClub

Seperti dijangka, kekalahan keenam daripada 11 perlawanan liga itu sememangnya mendapat kritikan penyokong yang rata-ratanya masih tidak berpuas hati dengan aksi ditampilkan anak buah Datuk Lim Teong Kim itu.

"Main ke laut satu, takde semangat satu," ujar Rizd MB.

"Percubaan pun payah, ini kan nak cari gol," tulis Iera Raie.

"Kualiti pemain yang ada ada pun entah apa-apa je. Hadap je la kome, memang padan," kata Idham Arif.

Dalam pada itu, ada juga penyokong yang mencadangkan agar pengurusan pasukan mengambil inisiatif berjumpa pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk mendapatkan bantuan rekrut pemain baharu.

"Pergi la menghadap TMJ tu, minta pinjam Badak (pertahanan JDT, Shahrul Saad dengan (pemain tengah) Safiq Rahim. Lepas itu itu cari la import penyerang seorang," ujar Fv Maju Logistic.

Kekalahan menentang Selangor FC itu menyaksikan Perak FC kekal berada di tangga ke-11 carta dengan sembilan mata hasil daripada enam kekalahan, dua kemenangan dan tiga seri yang direkodkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram