'Tak adil', keputusan AFC kecilkan kuota timbulkan keraguan


  • Podium
  • Rabu, 17 Mei 2023

Beberapa keputusan AFC sejak kebelakangan ini menimbulkan tanda tanya daripada penyokong bola sepak tanah air. — Agensi

KEJAYAAN yang dicatatkan Johor Darul Takzim (JDT) di peringkat Asia setiap tahun merupakan langkah progresif untuk meningkatkan mutu dan reputasi Liga Malaysia.

Musim lepas sahaja, kelab selatan tanah air itu mencatatkan sejarah selepas muncul sebagai pasukan pertama dari Malaysia untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara AFC (ACL).

Ia dibanggakan lagi dengan pencapaian menakjubkan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC yang mara ke peringkat final Piala Asia.

Walaupun beroperasi dengan dana kecil, kesungguhan dalam setiap perlawanan menyaksikan pasukan Lembah Klang terbabit muncul sebagai pasukan ketiga tempatan yang layak ke pentas akhir.

Usaha tersebut dilihat membuahkan hasil yang cukup manis apabila kuota pasukan setiap musim untuk ke pentas Asia ditingkatkan pihak AFC.

MA-RANKING

Kedudukan Malaysia di tangga kelapan ranking kelab AFC membolehkan empat pasukan layak ke ACL. AFC

Sebelum ini, terdapat pengumuman bahawa terdapat dua pasukan yang akan layak secara automatik ke ACL pada musim 2024/25 manakala dua kelab lagi berpeluang untuk layak menerusi aksi 'play-off'.

Bagaimanapun, harapan orang ramai untuk menyaksikan lebih banyak wakil dalam kejohanan di peringkat benua seperti tidak kesampaian berdasarkan kemas kini terbaharu.

Menerusi perkongsian badan induk bola sepak Asia itu baru-baru ini, hanya terdapat dua pasukan Liga Malaysia yang bakal beraksi di peringkat Asia dengan hanya satu daripada mereka bakal layak ke ACL.

Hal itu sememangnya cukup mengecewakan penyokong bola sepak tanah air memandangkan pelbagai usaha sudah ditunjukkan kelab tempatan untuk menaikkan reputasi Liga Super.

321332988_695729225329118_7774274771806210035_n

Hanya dua pasukan Liga Super akan layak berdasarkan kemas kini baharu AFC. Facebook/ASEAN Football

"Adakah disebabkan ranking negara besar seperti China dan Australia jatuh mendadak sehingga dipintas negara lain seperti Malaysia menjadikan format baharu ini dibuat?" soal Farid Anang.

"AFC seperti lebih sayangkan negara emas berbanding pasukan-pasukan dari negara yang sedang membangun untuk dapatkan slot tambahan," kata b41ado.

"Format baharu ini seperti tidak bantu kelab di negara yang sedang membangun. Patutnya berilah peluang sertai ACL dan juga untuk Piala AFC," kata I Am Fadzli.

Sebelum ini, badan bola sepak itu mengumumkan mereka akan mendirikan sebuah lagi pertandingan yang berkedudukan lebih rendah berbanding Piala AFC.

Keputusan itu dikatakan diambil bagi membolehkan lebih banyak pasukan daripada negara-negara kecil untuk mencipta nama di peringkat Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram