JDT catat kemenangan 6 bintang, tapi sikap tamak import pula curi tumpuan


  • Podium
  • Sabtu, 13 Mei 2023

JDT menepati ramalan apabila mudah menundukkan pasukan tercorot Liga Super, Kelantan United 6-0 di laman sendiri pada Sabtu. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

JOHOR Darul Takzim (JDT) meneruskan rentak terbaik mereka dalam pentas Liga Super dengan kemenangan ke-10 berturut-turut sebaik membelasah Kelantan United 6-0 pada Sabtu.

Enam gol yang dijaringkan Leandro Velasquez, dua daripada Fernando Forestieri dan hatrik daripada Bergson da Silva memastikan tiga mata milik pendahulu liga itu.

Bagaimanapun, di sebalik kemenangan bergaya itu, penyokong jaguh Selatan tanah air itu sepertinya kurang berpuas hati dengan persembahan pemain import, Oscar Arribas.

Perkara tersebut diluahkan segelintir peminat JDT yang berasakan keputusan pemain sayap kiri itu untuk melakukan percubaan dari luar kotak seperti kurang tepat.

WhatsApp Image 2023-05-13 at 22.14.54

Oscar dikatakan kerap mensia-siakan peluang keemasan di hadapan pintu gol lawan.Facebook/JOHOR Southern Tigers

"Tamak is real," tulis @dead_at_7.

"Maaf untuk saya katakan, tapi Oscar nampak tamak," tulis @ctzzzlyk4.

"Percayalah, selepas Bergson dan Forestieri, Oscar juga tamak. Dah lama dah perasan dia tu," tulis @unknowwww2222.

Kejayaan yang diraih di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu meletakkan JDT lapan mata di persada Liga Super berbanding pasukan di tangga kedua dan ketiga, Selangor FC dan Sri Pahang FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram