Seperti lirik lagu Cintaku Tertinggal Di Malaysia, ini 3 bekas import masih 'showoff' kenangan di Liga M


  • Podium
  • Khamis, 11 Mei 2023

Nwaekeme (kiri) menjadi watak penting dalam jentera serangan Tok Gajah. — Instagram/Nwakaeme

TAHUN bersilih ganti, musim baharu dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa pemain import baharu, namun sesetengah penyokong masih merindui bekas tonggak luar negara yang pernah mewarnai Liga Malaysia (Liga M) satu ketika dahulu.

Salah satu faktor ada penyokong yang masih tidak dapat melupakan bekas import adalah kerana jasa pemain tersebut kepada pasukan kesayangan dan kebanyakanya pernah menjadi ayam tambatan kelab.

Bukan hanya penyokong, malah tidak dapat dinafikan ada juga bekas import yang masih merindui tanah air terutama kelab lama mereka di Liga M walaupun sudah mempunyai pasukan baharu.

Ada di antara bekas bintang import tersebut dilihat kerap berkongsi kenangan seperti koleksi gambar dan rakaman video sewaktu berkelana di tanah air di media sosial mereka.

Seperti tajuk lagu kumpulan Indonesia, Dewa 19 yang bertajuk CIntaku Tertinggal Di Malaysia, perkongsian gambar-gambar laman itu menunjukkan bahawa Malaysia khususnya liga domestik sepertinya memori indah dalam hidup para pemain itu dan mereka rata-ratanya masih merindui tanah air.

Berikut tiga bekas import yang masih berkongsi kenangan sepanjang menabur bakti di kelab Liga M;

1) Mahmoud Al-Mardi

WhatsApp Image 2023-05-10 at 23.29.01

Pemain berusia 29 tahun itu sedang mengembangkan kariernya di Kuwait dengen menyertai kelab Qadsia SC. — Instagram/AlMardi

Salah satu import Kedah Darul Aman (KDA) FC yang disifatkan antara pembelian berbaloi pada musim lepas, Mahmoud Al-Mardi masih diseru untuk kembali ke Darul Aman.

Mana tidaknya, pemain kebangsaan Jordan itu tiba di pasukan Sang Kenari pada jendela perpindahan kedua 2023 membawa impak positif buat Kedah khususnya ketika pusingan kedua Liga Super dan kejohanan Piala AFC musim lepas.

Buktinya, Al-Mardi yang memiliki sebanyak 25 penampilan bersama skuad kebangsaan Jordan itu merekodkan sembilan jaringan daripada 19 perlawanan bersama KDA FC.

Seperti penyokong merindui Al-Mardi, pemain berusia 29 tahun itu juga mempunyai perasaan sama apabila Al-Mardi dilihat berkongsikan fotonya di Instagram dengan mengenakan jersi Kedah sambil menulis ucapan Aidilfitri.

2) Dickson Nwakaeme

WhatsApp Image 2023-05-10 at 23.30.06

Nwakaeme memakai jersi Sri Pahang ketika bermain bola sepak di Liberia. — Instagram/Nwakaeme

Disckson Nwakaeme merupakan antara import yang disayangi penyokong Sri Pahang FC apabila pernah membantu skuad Tok Gajah merangkul Piala Malaysia dan Piala FA pada 2014.

Pemain berusia 37 tahun itu diberi gelaran orang besi kerana faktor fizikal dan kekuatan yang dimilikinya sebagai seorang penyerang.

Walaupun sudah meninggalkan kelab Pantai Timur itu hampir dua tahun namun Nwakaeme masih mengambil tahu perkembangan pasukan lamanya seperti menghantar satu mesej ringkas menerusi Instagram peribadinya.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini Nwakaeme juga dilihat menggunakan jersi Pahang ketika pemain kelahiran Nigeria itu bermain bola di Monvoria, Liberia.

2) Leandro Dos Santos

leandro

Leandro pasti cukup dirindui penyokong Perak FC berdasarkan tempoh perkhidmatan dan kemampuannya di atas padang. — Instagram/Leandro

Leandro Dos Santos yang menyertai Perak FC pada jendela perpindahan 2017 ketika skuad The Bos Gaurus (TBG) muncul sebagai juara Piala Malaysia 2018.

Pemain berusia 36 tahun itu beraksi bersama Perak FC selama lima musim dan Leandro meninggalkan pasukan tersebut ketika mereka tersingkir ke kancah Liga Perdana pada 2021.

Menerusi satu hantaran di Insta Story miliknya, Leandro memuat naik semula satu rakaman ketika dia bersama keluarganya sedang berehat di sebuah hotel yang difahamkan sekitar Perak.

Perkara itu pastinya membuatkan penyokong skuad Seladang merindui aksi Leandro di kancah domestik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram