MUSIM ini, Sri Pahang berada di kedudukan yang cukup menarik apabila masih belum merekodkan sebarang kekalahan selepas 10 aksi Liga Super.
Walaupun ia satu pencapaian yang cukup menggagumkan, beberapa masalah perlu diperbaiki skuad Tok Gajah dengan segera jika mereka mahu berada di tahap berbeza.
Antara perkara yang sememangnya perlu diberi perhatian ialah ketumpulan jentera serangan yang hanya menjaringkan 17 gol sepanjang musim.
Michael Olunga meledak 18 gol dalam aksi perlawanan di Liga Qatar.
Meskipun penyerang kelahiran Liberia, Kpah Sherman sudah membuktikan kredibilitinya di hadapan pintu gol lawan, seorang lagi penggempur Sri Pahang FC, Lucas Silva masih lagi bergelut.
Selepas berdepan isu kecederaan sebelum permulaan musim, pemain kelahiran Brazil itu terpaksa menunggu sehingga tiga bulan sebelum meraih debutnya bersama skuad utama.
Namun, harapan yang menggunung daripada penyokong tidak membuahkan hasil dengan kehadirannya di padang cukup mengecewakan setiap kali beraksi.
Dalam tiga penampilan yang direkodkan sepanjang Liga Super, Lucas masih belum menjaringkan sebarang gol mahupun mencatatkan bantuan jaringan.
Jadi, dengan jendela perpindahan kedua musim semakin hampir, pasti desakan mula tercetus dalam kalangan penyokong untuk mencari penggantinya.
Tetapi, memandangkan Sri Pahang FC mempunyai kekurangan dari segi kewangan, siapakah yang layak untuk dibawa masuk bagi menajamkan lagi jentera serangan mereka?
Bagi penyokong Tok Gajah menerusi akaun Facebook Hogoh Pahang Hogoh, pemain kelahiran Kenya, Michael Olunga merupakan antara calon terbaik untuk menggantikan Lucas.
Olunga membantu kelab berpangkalan di Qatar, Al-Duhail yang kini menjadi pendahulu liga dengan 18 jaringan beserta tiga hantaran bantuan menunjukkan pemain itu sangat berpotensi dalam mempertajamkan serangan.
Pemain itu berada di kedudukan pertama dalam senarai penjaring terbanyak dalam liga itu musim ini sambil diikuti rapat oleh pemain Al-Arabi iatu Omar Al Somah dengan jumlah jaringan sama.
Berbaki lagi satu perlawanan yang menentukkan sama ada Olunga berjaya memenangi Kasut Emas atau bakal dipintas oleh Omar Al Somah.
Rata-rata penyokong teruja dengan kehadiran pemain Kenya itu yang dikatakan mampu membantu jentera serangan pasukan Penang FC.
"Power dia ini, pernah lawan Barcelona, pernah ada di Qatar dan Jepun. Kalau lihat statistik dia ketika ini, memang cukup hebat," kata Hogoh Pahang Hogoh.
"Nak tamat kontrak sudah bulan Jun ini, bolehlah sambar," kata Surihan Khosni Sulaiman.
"Kalau dia dapat sertai Sri Pahang dan gantikan Lucas pun OK juga. Saya tengok Lucas tu main macam tiada semangat sahaja," kata Som Tari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram