Kacang bikin geram fans TFC, gesa jangan bagi cuti raya atau 'swap' dengan wira TFC II


  • Podium
  • Isnin, 10 Apr 2023

Mintah (kanan) kini sudah merekodkan empat gol selepas diturunkan dalam lima perlawanan bersama TFC. — Facebook/TFC

TERENGGANU FC (TFC) mencatat kemenangan tiga kemenangan berturut-turut di laman sendiri selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada Rabu.

Malah, ia juga merupakan kemenangan keempat skuad Sang Penyu dalam saingan Liga Super musim ini dan kini TFC berhasil melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas mengutip 13 mata hasil lapan perlawanan.

Penyerang import, Jordan Mintah muncul wira Terengganu apabila dua jaringannya pada minit ke-22 dan minit ke-52 memastikan pasukan Pantai Timur itu kekal menggengam tiga mata hingga wisel penamat.

Sentuhan pemain berusia 27 tahun itu bersama skuad TFC semakin tajam pada musim ini dan buktinya Mintah sudah mencetak empat gol selepas lima perlawanannya dalam Liga Super.

WhatsApp Image 2023-04-10 at 10.31.39

Antara aksi Syafik Ismail pada perlawanan menentang The Cats pada Ahad. — Facebook/TFC

Jika dilihat pada perlawanan pada Ahad itu, TFC boleh mencetak lebih banyak jaringan gol namun peluang berkenaan banyak disia-siakan oleh beberapa pemain dan salah seorangnya adalah pemain sayap, Muhammad Syafik Ismail.

Syafik Ismil yang dimasukkan pada babak kedua mensia-siakan peluang pada minit ke-61 dan ke-74 apabila gagal menewaskan penjaga gol lawan, Julian Schwarzer dalam situasi satu lawan satu.

Oleh itu, ramai penyokong berang dengan persembahan pemain berusia 23 tahun sehingga memberi cadangan agar Syafik Ismail diberikan latihan khusus untuk menajamkan lagi penyudahnya.

“Syafik Ismail a.k.a Kacang. Tolong tingkatkan prestasi penyudah. Bunga-bunga dah ada. Jangan mudah mengalah adik. Teruskan usaha,” komen penyokong TFC, Muhammad Razlan Abdullah.

“Kacang itu raya tahun ini jangan bagi cuti. Bagi dia latihan dari satu Syawal sampai pemain semua dah lapor diri. Bagi kaki itu tenang sikit depan gol,” cadang penyokong TFC, Dinjaka alFateh.

“Tukar saja Kacang dengan Atiq (Muslihuddin Atiq Mat Zaid) sekali, “ komen penyokong, Ziaf Muhammad yang berpendapat tonggak TFC II, Muslihuddin Atiq lebih sesuai beraksi bersama skuad utama daripada Syafik Ismail.

Syafik Ismail ataupun mesra dengan panggilan Kacang itu sering mendapat kepercayaan pengendali, Tomislav Steinbruckner untuk beraksi dalam kesemua perlawanan Liga Super musim ini namun dia masih gagal untuk mencetak sebarang gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram