JDT diakui 'another level', fans Kedah senarai 7 punca, 6 perubahan drastik serta-merta


  • Podium
  • Isnin, 10 Apr 2023

Sentuhan 'Nafuzi ball' tidak berhasil pada aksi menentang skuad Harimau Selatan itu. — Facebook/KDAFC

"MALAYSIA mungkin perlu sediakan liga baharu buat JDT."

Demikian antara komen penyokong bola sepak tanah air selepas menyaksikan pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) dengan mudahnya meratah Kedah Darul Aman (KDA FC) dengan keputusan 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Ahad.

Bukti skuad Harimau Selatan itu tidak mempunyai tandingan sebenar dalam kancah liga tempatan tak lagi perlu dipertikai apabila ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut dilakarkan skuad kendalian Esteban Solari dengan 24 mata.

Pasukan Liga Super lain seperti menunggu giliran untuk ‘dibunuh’ di tangan Harimau Selatan dan rata-ratanya pesaingan lain hanya membiarkan JDT berpesta gol seperti tiada hari esok.

Setakat ini Negeri Sembilan FC (NSFC) memegang rekod menjadi pasukan paling dibolosi dengan tujuh gol, manakala Terengganu FC pula merupakan pasukan yang menang tipis yang mana skuad Penyu hanya tewas 0-2 di tangan JDT.

Pada awalnya, ramai yang berpendapat perlawanan antara JDT dan Kedah bakal sengit namun lain pula jadinya apabila sentuhan skuad Nafuzi Zain yang mahu menampilkan gaya permainan 'Nafuzi Ball' tidak berhasil pada aksi kelapan itu.

WhatsApp Image 2023-04-10 at 16.50.57

Wajah kecewa pemain Kedah ketika tewas di tangan JDT. — Facebook/KDAFC

Fernando Forestieri, Feroz Baharuddin, Oscar Arribas, Bergson Da Silva, Arif Aiman dan Leandro Velazquez masing-masing mencetak satu jaringan gol, sekali gus menambah derita pada kem Sang Kenari.

Rentetan kekalahan memalukan itu, ramai penyokong Kedah mula membuat refleksi pasca perlawanan tersebut dan mengenal pasti tujuh punca yang boleh diambil kira oleh barisan kejurulatihan Kedah untuk dijadikan sebagai proses pembelajaran.

Penyokong KDA FC, Diazrehar Sukty Mohd Noor mengutarakan pendapatnya bahawa punca Kedah ditewaskan mudah oleh JDT adalah disebabkan kelemahan pemain Sang Kenari seperti membuat hantaran kurang kemas dan sering melakukan kesilapan kecil.

“Kedah kekurangan penyerang berkualiti, perancang berkualiti dan tidak mempunyai hantaran yang tajam. Kedah juga selalu melakukan hantaran tidak kemas, kesilapan yang mudah. Lambat bertindak ketika menyerang dan buntu seperti tiada tujuan bila di depan gol,” katanya.

WhatsApp Image 2023-04-10 at 16.50.59

Lira menjadi antara pemain Kedah yang sering mendapat kritikan penyokong. — Facebook/KDAFC

Pendapatnya mengenai kurangnya penyerang berkualiti itu seiring dengan komen penyokong lain yang beranggapan bahawa keberadaan Willian Lira sahaja bukan jawapan jika Kedah ingin berada di kedudukan tertinggi liga.

Pengendali legenda, Azraai Khor Abdullah pernah memberi pesanan bahawa penyerang tulen yang baik sepatutnya mempunyai firasat untuk melakukan percubaan mencetak gol dan menterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Jika skuad Hijau Kuning ingin melakukan perubahan secara drastik dan tidak ingin menjadi lubuk pada pasukan lain selepas ini, penyokong Sang Kenari itu juga tidak ketinggalan memberi enam cadangan bernas buat pihak pengurusan Kedah.

“Kedah perlu tukar dua penyerang, Lee Tuck rehatkan dahulu. Turunkan Faizal Talib dan Zharmein Ashraf. Brain storming dan adakah kelas motivasi. Laksanakan KPI dan kena ada peraturan ketegasan pada pemain yang masih berada di bawah par,” komennya.

faizal

Faizal semakin mendapat perhatian penyokong Kedah berikutan aksi cemerlangnya bersama skuad simpanan. — Facebook/KDAFCB

Meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) pada setiap pemain mempunyai kebaikannya kerana mereka akan bermotivasi untuk melakukan persembahan terbaik tapi kekal sejajar dengan sasaran realitsik pihak pengurusan.

Preastasi cemerlang dua ubi muda skuad simpanan Bawah-23 tahun Kedah, Faizal Talib dan Zharmein Ashraf ketika Piala MFL mencuri perhatian penyokong dan menyarankan agar mereka dipilih untuk menembusi skuad pertama Hijau Kuning.

Kekalahan itu menyaksikan KDA FC berada di tangga ketiga Liga Super dengan 16 mata dan dalam perlawanan seterusnya Sang Kenari akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC bagi aksi kesembilan liga pada 18 April. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram