Tak terburu-buru pecat coach, bos Perak FC 'trust the process' LTK


  • Podium
  • Selasa, 04 Apr 2023

Pengurusan Perak FC memberikan kontrak selama dua tahun kepada Teong Kim. — Facebook/PerakFC

WALAUPUN berada dalam prestasi kurang memuaskan, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi menegaskan kelab itu bertindak profesional mengenai sebarang keputusan drastik dari pihak pengurusan ke atas status Datuk Lim Teong Kim.

Namun begitu, pihak pengurusan masih berharap agar perubahan pasukan perlu berlaku dari masa ke semasa.

Ramai yang mempersoalkan sejauh mana kemampuan sebenar bekas penolong pengurus skuad bawah 19 tahun Bayern Munich itu untuk membawa wajah baharu Sang Seladang musim ini.

Selepas enam perlawanan, Teong Kim hanya mampu memberi satu kemenangan, dua seri dan selebihnya Perak FC hanya merekodkan kekalahan

"Kena beri masa kerana (proses) ini akan memakan masa yang lama. Ibaratnya kota Rom tidak dibina sehari. Jadi tunggulah.

"Kontraknya adalah selama dua tahun, itulah jangka masa yang kami berikan kepadanya.

"Tapi baru beberapa bulan kita dah cari pasal, saya ingat ini tidak profesional lagi," kata Abdul Azim memetik dałam satu temu bual bersama Nadi Arena.

WhatsApp Image 2023-04-04 at 11.34.58

Baru-baru ini Perak tewas 1-3 di tangan Penang FC. — Facebook/PerakFC

Sehingga ke saat ini, pihak pengurusan Perak FC masih yakin dengan keupayaan Teong Kim, seiring dengan kontraknya tahun yang telah diberikan kepadanya.

Tambah Abdil Azim, Perak memilih untuk bersikap relevan dan enggan terburu-buru dalam membuat keputusan memandangkan barisan pemain yang ada juga masih muda dan perlu diberikan lebih banyak pendedahan.

"Kami berikan tempoh tiga hingga lima tahun, saya sudah jelaskan kepada penyokong.

"Dalam satu hingga dua tahun terawal, kami tidak sasar kedudukan dua ke tiga terbaik, kedudukan pertengahan pun sudah cukup.

"Dan apabila sudah bina pasukan, sebaik masuk ke fasa tiga, kami akan tingkatkan prestasi," katanya.

Selepas ini, skuad The Bos Gaurus bakal melayani kunjungan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak, pada Selasa bagi saingan ketujuh Liga Super 2023. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram