Lupakan kudrat muda, Bos Perak FC setuju perlu percaya gandingan 3 otai serangkai


  • Podium
  • Ahad, 02 Apr 2023

Antara aksi Afolabi (jersi putih) bersama Perak FC pada perlawanan menentang Penang FC. — Facebook/PerakFC

PERAK FC terus dihimpit masalah prestasi selepas kecundang 1-3 di tangan Penang FC dalam aksi keenam Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang pada Jumaat.

Ia merupakan kekalahan ketiga skuad The Bos Gaurus (TBG) dan suasana suram terus sahaja menyebelungi penyokong yang rata-ratanya mendambakan Perak FC dapat meraih sekurang-kurangnya satu mata di laman pausan tuan rumah.

Perkembangan itu meletakkan Perak FC kini berada di tangga kesembilan dengan memperoleh lima mata hasil daripada satu kemenangan dan dua seri yang direkodkan dalam enam aksi pertama.

Dałam perlawanan tersebut, hanya pemain import dari Korea Selatan, Seo Seo-nung sahaja yang dapat menceriakan penyokong hasil jaringannya pada minit ke-71 selepas setelah menerima hantaran Hadi Fayyadh.

Sebelum ini, Seonung juga muncul wira skuad Seladang apabila dua golnya memastikan kemenangan sulung Liga Super buat Perak FC ketika menumpaskan Kuching City 2-0 di Ipoh.

Bukan hanya penyokong kecewa, malah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab berkenaan, Bobie Farid Shamsudin juga turut menzahirkan perasaan yang sama susulan kekalahan Perak FC.

Perkara itu disampaikan menerusi sebuah akaun Facebook TBG Super Fan yang sepertinya mewakili suara peminat setia Perak FC dalam pelbagai sudut.

“Ok saya dah baca dan saya ambil semua nota mengenai cadangan, pandangan dan kritikan anda semua. Well noted guys.. Nama Perak FC lebih besar dari semua kami disini.. Faham...Thanks guys,” katanya dalam satu hantaran.

Dalam hantaran tersebut, terdapat sebuah komen yang mencadangkan kepada Bobie Farid agar Datuk Lim Teong Kim untuk menurunkan tiga pemain senior dan bukannya tonggak muda.

WhatsApp Image 2023-04-01 at 21.54.55

Guaycochea kembali beraksi selepas berehat lama akibat cedera. — Facebook/PerakFC

Pemain yang dimaksudkan ialah dua tonggak import Luciano Guaycochea dan Sunday Afolabi serta penyerang tempatan, Wan Zack Haikal.

“Kewujudan Luciano, Sunday, Wan Zack jelas perubahan permainan Perak. Tengah Perak perlu diajar basic football. Belakang parang kalau diasah, akan tajam. Kami tetap sokong,” cadang penyokong, Encik NadiyAiman.

“Adeh betul sangat itu. Asyik mengasah saja kalah tidak guna juga,” balas Bobie Farid yang bersetuju denga cadangan itu.

Kemasukan Luciano Guaycochea, Sunday Afolabi dan Wan Zack pada babak kedua tidak dinafikan sedikit mengubah corak permainan Perak yang dilihat lebih tersusun berbanding aksi gambar di 45 minit awal.

Selepas ini, Perak FC yang berada di tangga kesembilan akan berhadapan dengan Johor Darul Takzim (JDT) yang berada persada Liga Super di Stadium Perak, Ipoh pada 4 April. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram