Menyerlah di skuad B-23 Kedah, nasib Faizal Talib diramal seperti prospek Perak FC


  • Podium
  • Sabtu, 01 Apr 2023

Faizal semakin mendapat perhatian penyokong Kedah berikutan aksi cemerlangnya bersama skuad simpanan. — Facebook/KDAFCB

KEADAAN Kedah Darul Aman (KDA) FC yang kini tidak berada dalam tahap memuaskan menyebabkan ada beberapa pemain sering mendapat kritkan penyokong Sang Kenari.

Antara pemain yang mendapat kritikan berikutan prestasi suam-suam kuku pada lima pusingan awal Liga Super ini adalah penyerang import dari Brazil, Willian Lira.

Prestasi kurang memuaskan pemain berusia 29 tahun itu membuatkan ramai penyokong memberi saranan agar khidmatnya ditukar dengan ubi muda skuad simpanan Bawah-23 tahun, Faizal Talib.

Kepercayaan kepada Faizal itu terhasil selepas pemain muda itu berhasil memberikan dua jaringan gol, dua hantaran jaringan buat pasukan KDA FC B selepas mengharungi tiga perlawanan bersama pasukan simpanan itu.

Meskipun ramai yang mengatakan bahawa pemain berusia 25 tahun itu layak menembusi skuad utama Kedah, namun ada juga penyokong yang berpendapat Faizal belum mencukupi syarat untuk menembusi skuad pertama Kedah.

WhatsApp Image 2023-03-31 at 23.24.37

Faizal dibawa masuk pada musim 2022 ke dalam pasukan Sang Kenari. — Facebook/KDAFCB

Seperti yang dikatakan pemerhati sukan tanah air, Don K-Rul Izham di laman Facebook peribadinya, Faizla perlu melalui beberapa ujian dahulu sebelum layak beraksi di bawah kendaliannya Nafuzi Zain.

Namun tidak dinafikan, dalam dua perlawanannya semasa menentang PDRM B dan Johor Darul Takzim (JDT) II, bekas pemain Penang FC itu sudah mempamerkan aski terbaik sebagai pemain sayap.

“Aku suka keyakinan Faizal dalam dua perlawanan ini. Dia berani untuk mengajak fullback lawan berdepan satu lawan satu, cuba lebih berani untuk menghasilkan gol. Dia sedang mendapatkan keyakinan dan nampak selesa bermain diposisi sekarang.

“Sebenarnya dari cerita Faizal ini juga, kita dapat lihat salah satu sebab kenapa Kedah atau mana-mana pasukan perlukan satu feeder team atau B team. Untuk menampakkan sesuatu dari pemain terutama dari pemain skuad utama seperti Faizal atau Zharmien,” katanya.

Selain itu, beraksi di peringkat kejohanan Piala MFL itu juga sebenarnya secara tidak langsung memberi keyakinan buat Faizal dan prospek lain seperti Zharmien Ashraf untuk mendapat keyakinan.

Hal ini kerana, jika mereka berada bersama skuad utama, peluang untuk mengumpul minit permainan mungkin ágak susah berikutan perlu bersaing dengan tonggak lain.

“Kedua-duanya berteraskan pembangunan. Kita nak besarkan selection 'pool player' terutama lokal pemainlah. Pasukan kecil macam Kedah ni tak boleh nak shopping import maksimum jadi dengan cara meningkatkan tahap kualiti lokal mungkin satu misi utama pengurusan.

“Kalau Faizal Talib dapat mengekalkan tahap kualiti dia seperti dalam dua perlawanan ini, dia ada peluang mengetuk pintu skuad utama. Sekurang-kurangnya mendapat perhatian Nafuzi Zain dimasa akan datang,” katanya.

WhatsApp Image 2023-03-31 at 23.25.51

Ramai penyokong dilihat tidak meyakini kebolehan Hakimi untuk bersama skuad senior dalam Liga Super musim ini. — Facebook Hakimi Mat Isa

Situasi yang dialami Faizal itu juga seperti tonggak Perak FC iaitu Hakimi Mat Isa yang menyerlah bersama skuad simpanan namun masih disarankan untuk kekal beraksi bersama Perak FC II.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan bahawa rata-rata penyokong masih kurang yakin akan kebolehan Hakimi untuk terus dibawa masuk ke dalam kesebelasan utama skuad senior yang bersaing dalam Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram