Corak permainan Kedah jadi pertikaian, fans tidak yakin menang bertemu Tok Gajah


  • Podium
  • Khamis, 30 Mac 2023

Aksi Liga Super di antara Sri Pahang FC dan KDA FC akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu.

PERTEMBUNGAN antara Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka berlaku sengit apabila kedua-dua pasukan ingin memburu tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan Liga Super.

Skuad bimbingan Fandi Ahmad bakal melayani kunjungan KDA FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada Sabtu.

Sri Pahang FC kini berada dalam prestasi terbaik kerana belum lagi mengalami sebarang kekalahan di Liga Super.

Manakala skuad kendalian Nafuzi Zain pula telah mengalami satu kekalahan di tangan PDRM FC pada perlawanan ketiga Liga Super.

KDA FC pada musim ini telah membawa beberapa muka import baharu seperti Willian Lira, Bojan Ciger, Alan Robertson, Amirbek Juraboev, Manny Ott, Manuel Hidalgo, Jonathan Balotelli dan Ebenezer Assifuah.

Kpah Sherman bakal jadi taruhan Sri Pahang untuk merobek gawang gol KDA FC. Facebook/Sri Pahang FC

Walaupun kehadiran pemain-pemain baharu itu, penyokong Kedah dilihat masih belum yakin dengan kemampuan skuad Hijau Kuning untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Darul Makmur, Pahang pada Sabtu.

"Harap-harap menanglah Kedah, tapi badi Kedah dengan Pahang susah nak menang," kata Adnan Nasi Lemak.

"Rasa-rasa Kedah kalah dengan 2-0, tengok cara Kedah main, sebab depan dan tengah tak hidup," ujar Rozie Rozie.

"Kalau Lee Tuck main macam biasa, depan gol striker tak guna sepenuhnya memang balik kosong mata sahaja," luah Abdul Rahman.

"Buatlah macam mana pun, janji menang, keputusan lagi penting daripada corak permainan," jelas El Kapchai.

Hidalgo 2

Hidalgo bakal menentang bekas pasukannya, Sri Pahang FC. Facebook/KDA FC

Pada musim lalu, rekod perlawanan di antara Kedah dan Pahang boleh dikatakan sengit apabila masing-masing pernah meraih kemenangan dan kekalahan.

Dalam perlawanan awal Liga Super 2022, Kedah berjaya menewaskan Pahang di Alor Setar, Kedah pada pusingan pertama liga.

Namun, Pahang kembali bangkit pada pusingan kedua liga dengan menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 2-0 di Stadium Darul Makmur, Pahang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram