Fans Selangor beri tip cara 'gunakan' Faisal Halim menjelang 'Klang Valley Derby'


  • Podium
  • Jumaat, 31 Mac 2023

Aksi Liga Super di antara Selangor FC dan Kuala Lumpur City akan berlangsung di Stadium Cheras pada Jumaat.

PENYOKONG Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC pastinya tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan Derbi Lembah Klang di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Perlawanan di antara dua buah pasukan itu dijangka berlaku sengit apabila kedua-duanya ingin memburu tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan Liga Super.

Skuad Gergasi Merah pastinya mahu bangkit selepas tewas kepada Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 0-4 di halaman sendiri sebelum liga berehat bagi memberikan laluan kepada skuad kebangsaan.

Tan Cheng Hoe pada musim ini membawa masuk pemain-pemain bintang Harimau Malaya ke Selangor seperti Faisal Halim, Ruventhiran dan Khuzaimi Piee.

Manakala pemain import Selangor FC membawa masuk Noor Al-Rawabdeh, Yohandry Orozco, Rauf Salifu dan Ayron del Valle.

SFC

Pemain-pemain Selangor FC.

Namun sejak Faisal Halim menyertai Selangor dia dilihat bergelut apabila masih gagal menjaringkan sebarang gol buat skuad Gergasi Merah.

Disebabkan itu, rata-rata penyokong Selangor memberi tip kepada Cheng Hoe cara untuk menggunakan Faisal Halim dengan betul untuk mengutip tiga mata penuh.

"Pesan dekat Cheng Hoe, biar Faisal Halim main free role untuk separuh masa pertama, kita akan nampak dia corak serangan Selangor FC.

"Biar Faisal bergerak bebas semua tempat, pasti akan ada gol dari nanti dengan gaya permainan yang dia paling suka sekali," kata Zahari Mohamad.

"Harap coaching staff dapat tingkatkan fitness pemain-pemain Selangor FC," ujar Mohd Izwan.

"Bagi Mukhairi Ajmal jadi penyerang Selangor, Ayron del Valle bagi rehat nanti boleh tukar dengan Ifedayo," jelas Amiirul Safiq.

"Coach Cheng Hoe janganlah simpan pemain berkebolehan seperti Khuzaimie, Faisal Halim, Mukhairi Ajmal dan Ruventhiran untuk separuh masa pertama," luah Nur Syazwana.

Faisal Halim berjaya menamatkan kemarau jaringannya apabila menjaringkan gol ketika bersama Harimau Malaya.

Bagaikan gergasi yang terluka, Selangor sudah pasti mahu menebus kekecewaan kekalahan pertama musim ini dengan menjadikan jiran setempat, KL City sebagai mangsa terbaharu sekali gus mengembalikan semula keyakinan kepada pasukan.

Pemain sayap lincah, Faisal Halim juga sudah berjaya menamatkan kemarau jaringannya apabila menjaringkan gol ketika bersama Harimau Malaya dan dia semakin bersemangat untuk perlawanan Derbi Lembah Klang pertama dalam kariernya di Selangor.

Pastinya pertembungan menarik dan klasik dengan kedua-dua pasukan mahu memastikan kemenangan bagi memperoleh hak sebagai Raja Lembah Klang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram