KEMASUKAN semula pemain asal Indonesia, Natanael Siringoringo atau lebih dikenali sebagai Ringo ke pangkuan The Red Worriors (TRW) dijangka dapat melonjak posisi pasukan itu ke kedudukan lima teratas Liga Super.
Ringo yang sebelum ini bermain di posisi penyerang Kelantan pada musim lalu kemudiannya pulang ke negara kelahirannya dan menyertai Dewa United.
Bagaimanapun, kontraknya yang tamat pada 31 Mac membolehkan dia membuat kemunculan semula dengan Kelantan sekali gus membantu pasukan menjelang Mei depan dalam Liga Super.
Kemunculan Ringo akan menjadi antara yang dinantikan lebih-lebih apabila dia dijangka membuat penampilan pertama dalam perlawanan Kelantan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman pada 19 Mei nanti.
Menjadi antara yang paling dinantikan, berikut tiga kekuatan Ringo yang dijangka mampu memberi kesan kepada pasukan kendalian Choi Moon-sik jika benar kembali ke pangkuan TRW:
Usianya yang masih muda dijangka dapat memberikan aksi persembahan terbaik atas padang.
Kuatkan jentera
Selaku pemain posisi penyerang, Ringo pernah mencatat kejayaan membantu Kelantan menewaskan Kuching City FC 1-0 dalam aksi Liga Perdana pada 2021.
Kelincahan pemain yang memiliki ketinggian 1.68 meter (m) itu sepanjang 25 penampilan bersama Dewa United apabila mencetak dua gol dan satu bantuan gol.
Faktor umur
Melihat kepada tangga usianya yang baru berumur 23 tahun, kelebihan Ringo itu boleh dianggap sebagai kekuatan kepada pasukan.
Tenaga muda yang dimiliki pasti membolehkan Ringo untuk beraksi fulltime atas padang. Tambahan, dia turut berjaya mencatat masa permainan selama 857 minit bersama Liga 1 di Indonesia.
Kehadiran Ringo menjadi salah satu berita baik buat penyokong Kelantan.
Campuran elemen futsal
Dianggap sebagai prospek yang mempunyai masa depan cerah di negara kelahirannya. Malah, Ringo juga mempunyai kelebihan menggunakan kedua-dua kaki untuk membuat tendangan.
Itu merupakan sebahagian daripada ciri-ciri pemain futsal yang boleh diterapkan dalam perlawanan bola sepak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram