[VIDEO] Selepas digantung FAM, fans nasihat 'ref botak' tukar kerjaya jadi penari gelek


  • Podium
  • Ahad, 19 Mac 2023

Tangkap layar memaparkan Zulkarnain sedang menari di sebuah kedai makan menggunakan lagu dangdut.

"DARIPADA jadi pengadil terus gelek fulltime,"

Itulah komen yang dilontarkan oleh seorang pengguna media sosial di salah sebuah video yang dimuat naik oleh pengadil kontroversi Zulkarnain Zakaria di akaun TikTok user4620341931608 peribadi miliknya.

Walaupun video tersebut dimuat naik pada dua tahun yang lalu namun rata-rata penyokong bola sepak tempatan mula 'menyerang' akaun yang dipercayai milik pengadil tersebut baru-baru ini ekoran daripada keputusan kontroversi bagi perlawanan Sabah FC dan Penang FC di Stadium Likas, Sabah pada Jumaat.

Dalam perlawanan tersebut, Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai 'ref botak' dalam kalangan penyokong terkhilaf dalam menginterpretasi dua situasi pemberian sepakan penalti olehnya kepada pasukan Sabah FC pada minit ke-41 dan minit 90+9.

Sehubungan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk mengenakan tindakan menggantung Zulkarnain daripada mengadili sebarang perlawanan bagi musim 2023.

Keputusan yang dibuat oleh FAM itu turut disambut baik oleh para penyokong setia bola sepak tanah air dan menyifatkan ia sebagai keputusan yang terbaik demi arena bola sepak negara.

Pada masa sama, ada dalam kalangan peminat bola sepak yang 'nakal' dan mula menyerang sosial media pengadil berusia 40 tahun berkenaan.

Melalui video yang dimuat naik oleh Zulkarnain itu memaparkan dia sedang menari di sebuah kedai makan menggunakan lagu dangdut berjudul Masih Ting Ting nyanyian Ayu Ting Ting.

"Aduh terjebak," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya rata-rata memberikan pelbagai reaksi terhadap pengadil tersebut.

siumimazzusi meninggalkan komen sinis kepada Zulkarnain.

"Ambil job jadi dancer (penari) pula ke selepas jadi pengadil?," katanya.

Seementara itu, Raden112 menasihatkan agar Zulkarnain untuk memadamkan video tersebut daripada memalukan diri sendiri.

"Elok padam video ini, memalukan sahaja. Sudahlah satu Malaysia marah dengan kau buat keputusan pelik. Ini buat video bergelek lagi. Aku 'ting ting' muka kau baru tahu," tulisnya.

AzmirAnuarShop pula meninggalkan komen lucu dan meminta pengadil tersebut untuk terus menukar bidang.

"Elok lah abang tukar bidang, berjoget pun sudah cun. Selepas ini boleh joget lama-lama.

"Kena gantung ke itu? Sendiri yang tutup periuk nasi sendiri," katanya sambil menunjukkan emoji ketawa.

Q Ram pula menyifatkan Zulkarnain seorang yang tidak kisah dengan kecaman daripada orang luar apabila membaca sindiran dan kecaman daripada warga maya dari 2021 yang mengutuk tindakkanya menari itu.

"Komen kecam dari 2021 memang dari dulu la dia sebegini rupa. Kebal kecaman rupanya," tulisnya.

Keputusan perlawanan yang diadili Zulkarnain itu menyaksikan Sabah FC menang 5-2 ke atas Penang FC dan kini The Rhinos masih mengukuhkan kedudukan di tempat kedua dengan perbezaan dua mata di belakang pendahulu liga, Johor Darul Takzim (JDT) dengan 13 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram