Fans jiran petik nama Arif Aiman, persoal ketiadaan Safawi dalam skuad Harimau Malaya


  • Podium
  • Rabu, 15 Mac 2023

Safawi antara nama besar mana yang tidak tersenarai dalam panggilan kebangsaan kali ini. — Instagram/Safawi

PESATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa mengumumkan seramai 27 orang pemain dipanggil oleh pengendali skuad kebangaan, Kim Pan-gon ke kem latihan Harimau Malaya yang bermula Sabtu ini.

Panggilan ke kem latihan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong, masing-masing pada 23 dan 28 Mac ini.

Dalam senarai tersebut, seramai tujuh muka baharu diberikan peluang oleh Pan-gon dan antaranya ialah penjaga gol Damien Lim dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman; Fayadh Zulkifli Amin, Daniel Ting, Paulo Josue, Endrick Dos Santos, Feroz Baharudin dan Nooa Laine.

nama

Senarai nama 27 pemain yang dipanggil bagi menghadiri tugasan bersama skuad kebangsaan. Facebook/FAM

Melihat kepada senarai 27 pemain itu, terdapat beberapa nama besar yang sering menyarung jersi Harimau Malaya digugurkan pada aksi antarabangsa kali ini dan di antaranya ialah penyerang sensasi, Safawi Rasid.

Safawi bersama 12 lagi pemain diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat perubahan berlaku dalam kalangan 27 tonggak utama Harimau Malaya itu.

Kehilangan pemain sayap dari Terengganu itu dalam panggilan kali ini bukan sahaja menjadi persoalan dalam kalangan peminat tempatan, malah penyokong negara jiran, Indonesia juga mencari-cari keberadaan Safawi.

"Safawi sudah jarang dipanggil ya?," komen penyokong Indonesia, Syafrianakbarr.

"Safawi sudah tidak dipakai ka?," tambah seorang lagi penyokong, ankarapanjul yang juga mencari-cari kelibat Safawi.

WhatsApp Image 2023-03-15 at 11.12.56

Safawi sebelum ini antara 23 pemain yang membawa skuad Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala AFF 2022 pada Januari lalu. Instagram/Safawi

Ada juga penyokong pasukan kebangsaan Indonesia yang berpendapat bahawa kehadiran bintang muda Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi membuatkan Safawi semakin hilang tempat dalam Harimau Malaya.

"Sepertinya begitu, Sudah kalah dengan Arif Aiman," komen dari Liga1NeedForeignRefs.

Pemain yang mewakili kelab Ratchaburi FC di Thailand itu sering menjadi kegemaran pengendali kebangsaan dan dia juga mendapat kepercayaan Pan-gon dengan melantiknya sebagai ketua pasukan Harimau Malaya.

Setakat ini, Safawi sudah tampil dalam 52 aksi antarabangsa bersama Harimau Malaya sejak membuat debut pada 2016 dan pemain berusia 26 tahun itu juga merekodkan 18 gol untuk pasukan kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram