Leandro bakal tersisih, 3 pemain tengah tempatan JDT dipetik jadi pengganti


  • Podium
  • Rabu, 08 Mac 2023

Ketiga-tiga pemain tengah JDT ini (dari kiri: Afiq, Nazmi dan Safiq) memiliki kelebihan masing-masing untuk ditawarkan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Leandro di bahagian tengah skuad Hariamu Selatan. — Facebook/Agensi

SEPERTI dijangkakan, Johor Darul Takzim (JDT) memulakan pembukaan musim baharu Liga Super 2023 dengan selesa selepas memungut sembilan mata maksimum dalam tiga perlawanan pertama.

Keputusan itu meletakkan skuad Harimau Selatan di Puncak Liga dengan dengan mengumpul 12 jaringan tanpa sebarang bolos itu dan hanya dibezakan dengan perbezaan gol bersama Sabah FC yang berada di kedudukan kedua liga.

Prestasi ditunjukkan itu seakan-akan memberi amaran awal kepada pasukan lain bahawa kelab nombor satu negara itu masih bernafsu untuk terus mendominasi liga meskipun sudah meraih kejuaraan Liga Super sembilan kali berturut-turut.

Namun begitu, pasukan JDT dikejutkan dengan kecederaan beberapa tonggak utamanya, dengan yang terawal memasuki senarai disisihkan ada penjaring utama pasukan, Bergson da Silva.

Selain itu, turut menimpa nasib sama dalam perlawanan terakhir pada Isnin adalah perancang utama pasukan di bahagian tengah, Leandro Velazquez.

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari memaklumkan tonggak kelahiran Argentina itu mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian lutut.

Beliau turut tidak dapat memberikan kepastian berhubung tempoh diperlukan untuk Leandro, 33, kembali pulih.

Namun begitu, perkembangan tersebut dilihat tidak mencetuskan panik dalam kalangan penyokong Harimau Selatan yang berpandangan JDT memiliki kedalaman skuad bagi mengalas tanggungjawab yang ditinggalkan Leandro.

Malah ada antara peminat yang berpandangan bahawa situasi itu sebenarnya memberi peluang kepada barisan pemain tengaha tempatan pasukan untuk menyinar.

"Ramai pemain tengah, guna anak tempatan pun ok," kata Muhammad Amin Adam.

Berikut tiga pemain tengah tempata JDT yang dipetik oleh Fans berpotensi untuk mengambil tempat Velazquez sementara bintang tengah itu disisihkan keranak kecederaan.

1) Afiq Fazail

jdt

Afiq mempunyai ketenangan dan kebijaksanaan dalam mengatur permainan melalui hantarannya. — Facebook/JOHORSouthernTigers

Memakai jersi nombor 4, Afiq Fazail merupakan merupakan pemain yang menjadi pilihan utama pengendali JDT pada musim lepas bagi membarisi skuad tengah Harimau Selatan.

Namun begitu, pada musim ini, dia yang berusia 28 tahun itu hanya dipilih dalam kesebelasan utama ketika perlawanan pertama semasa menentang Terengganu FC dan langsung tidak berada di dalam skuad ketika menentan Kuala Lumpur City FC.

Pada perlawanan ketiga menentagn Negeri Sembilan FC, Afiq, yang juga pemain skuad kebangsaan itu hanya masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 73 perlawanan.

Meskipun tidak seagresif Leandro terutamanya dalam membuat gelecekan, Afiq yang merupakan anak jati Johor itu dilihat mempunyai kekuatan tersendiri dari segi ketenangan dan kebijaksanaannya dalam mengatur permainan melalui hantarannya.

2) Nazmi Faiz Mansor

Copy of Add a little bit of body text

Walaupun gagal untuk konsisten membarisi kesebelasan utama JDT, Nazmi dilihat tetap menjadi pilihan jurulatih untuk beraksi dalam beberap aksi penting pada musim lepas. — Facebook/JOHORSouthernTigers

Selepas tiga perlawanan, Nazmi Faiz Mansor dilihat masih belum berjaya untuk menembusi barisan tengah skuad JDT pada musim ini.

Nazmi yang kini berusia 28 tahun itu juga dilihat tidak berjaya untuk konsisten mengekalkan kedudukannya dalam skuad utama Harimau Selatan pada liga musim lepas apabila hanya membuat lima penampilan.

Namun begitu, sebagai pemain tengah yang pernah diberi jolokan sebagai anak emas ini, tetap diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk bermain di bahagian tengah dalam enam perlawanan di Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Dengan pengalaman luas dalam kancah bola sepak tempatan dan antarabangsa, pemain berasal dari Selangor ini tentunya mempunyai sentuhan terntentu di dalam permainannya yang mampu memberikan sumbangan positif kepada skuad JDT.

3) Safiq Rahim

safiq

Walaupun sudah berusia, pengalaman dimiliki Safiq dalam mengemudi barisan tengah tentunya masih boleh diharapkan. — Agensi

Harus diakui bahawa kepulangan semula Safiq Rahim ke skuad JDT pada tahun 2021 bukanlah bertujuan bagi menjadikannya sebagai pemain tengah utama skuad Harimau Selatan.

Sebaliknya, apa yang ditagih daripada bekas kapten pasukan kebangsaan itu adalah pengalaman dan kepimpinannya dalam memastikan keharmonian skuad JDT.

Sudah berusia 35 tahun, Safiq Rahim masih belum mencatatkan sebarang minit permainan pada musim ini apabila sekadar hanya dimasukkan ke dalam senarai skuad pada perlawanan kedua menentang Kuala Lumpur City FC.

Bagaimanapun, pemain boleh dianggap legenda skuad Harimau Selatan ini tentunya boleh diharapkan sekiranya diberi tugasan untuk membarisi bahagian tengah JDT dalam beberapa perlawanan sementara menantikan pemulihan Leandro — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram