JDT setanding Liverpool, kerjakan NSFC 7-0 di Paroi


  • Podium
  • Isnin, 06 Mac 2023

JDT turun dengan persembahan cukup bertenaga ketika bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

JOHOR Darul Takzim (JDT) mempamerkan aksi yang cukup bertenaga dalam aksi Liga Super ketika bertemu Negeri Sembilan FC menyaksikan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu mencatatkan kemenangan bergaya 7-0 pada Isnin.

Meskipun penjaga gol skuad Jang, Sikh Izhan Nazrel pada awalnya bertindak cemerlang, asakan bertubi-tubi yang dipamerkan pada babak kedua menyaksikan keputusan berkenaan dicatatkan.

Tinjauan Majoriti di media sosial menyaksikan penyokong kedua-dua pasukan berseloroh mengenai keputusan yang cukup mengecewakan buat anak-anak buah K Devan itu.

"Fuhh, dahsyat sungguh JDT ni, macam Liverpool kerana sudah mencatatkan keputusan 7-0," tulis WanDet Videographer.

"Agak-agaklah JDT untuk menewaskan Negeri Sembilan FC, macam Liverpool mengalahkan Manchester United sahaja," kata Ab Zubir.

"Ingatkan Liverpool sahaja yang menawarkan Manchester United dengan Menu Rahmah bernilai RM7, JDT pun sama rupanya. Pergi kalahkan Negeri Sembilan 7-0," tulis Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Terdahulu dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin, Liverpool mencatatkan keputusan sama apabila menundukkan seteru mereka itu dengan jaringan yang sama.

Kemenangan tersebut menyaksikan JDT berada di kedudukan teratas meskipun terikat sembilan mata dengan pasukan di tangga kedua, Sabah FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram